
Sign up to save your podcasts
Or


Walaupun sudah beberapa kali saya bertemu KC membuat kandungan untuk youtube channel ManCave, namun tak pernah kita duduk sembang dalam podcast. Dalam Diari Ayah, kali ini kita sentuh tentang bagaimana KC dapat nama 'Champion', bagaimana menjadi DJ radio dan sebab utamanya KC meninggalkan bidang radio. Saya juga tanyakan bagaimana KC menjadi rapat dengan Fiza O di radio dahulu dan impiannya untuk anak-anak.
www.kedaisujimy.com | sujimy.com | www.twitter.com/sujimymohamad
Support the show
Ini dia formula menjadi kaya, bukan kaya raya, tapi kaya bahagia, gembira. Tak begitu tertekan, tapi terjamin masadepan… jangan kemana-mana, diari ayah nak kongsi formula…
www.sujimy.com | www.kedaisujimy.com | www.twitter.com/sujimy
Support the show
Saya kongsi cara Ustaz Khamsani Karim membesarkan anak-anaknya - bagaimana kita boleh hadir dan rapat dengan anak-anak sehingga menjadi contoh yang terbaik.
Kongsi kepada yang lain ok? Terima kasih.
www.sujimy.com
Support the show
Ramai yang tanya saya bagaimana memilih antara kerjaya yang membawa kejayaan dalam hidup dengan kerjaya yang tidak ada masa depan. Bagaimana boleh kita tahu kerja mana atau kemahiran mana yang harus kita tumpukan dalam hidup.
Gunakan formula 80-20 ini.. in shaa Allah ia boleh membantu anda menilai pilihan mana yang lebih baik.
Support the show
Diari Ayah berbual dengan seorang ayah dan content creator Br. Shahib Amin ( www.syukran.com ). Prinsip kongsi ilmu dan wang (lebih2 kepada keluarga) memang boleh mengundang rezeki.
Kita sembang atas tweet ini:
Anakku, jgn lupa kongsi rezeki & ilmu dengan keluarga. Usah tunggu mampu baru nak kongsi kerana kemampuan meningkat bila ada sifat ini. Makanan yg dikongsi lebih sedap rasanya. Ilmu yg dikongsi lebih bijak pemiliknya. Wang yg dikongsi bersama keluarga akan berganda.
www.sujimy.com | www.kedaisujimy.com | www.twitter.com
Support the show
Ada cara kita mengubati hati yang sedang luka atau sedih. Sedih kerana putus cinta, atau tak dapat cahayamata atau seidh kerana ada orang yang fitnah kita. Semuanya ada cara kita mengubahnya.
Episod ini berlandaskan tweet ini:
Ayah, bagaimana ubat hati yg luka?
Begini
1. Terima yg kesedihan itu khusus untuk kita. Redha akan menjelma. Musibah menimpa kerana Allah ingin mendidik kita.
2 Pulihkan hubungan dgn keluarga. Nanti masalah lain terjaga.
Bila hati menerima, luka sukar berdarah buat kali kedua.
Tulis kepada [email protected] untuk mengongsi pengalaman atau DM di twitter.com/sujimy atau hubungi saya di www.sujimy.com
Support the show
Firasat ibu bapa jangan sekali kita sia-sia. Kalau tak dengar kata2 orang tua, boleh buruk padahnya... Betul ke? Mari dengar podcast ketiga ini.
Podcast ini Berlandaskan tweet ini:
Anakku, ibubapa ada firasat.
Terhadap anak, firasatnya sgt kuat. Lebih2 lagi bila mrk sering solat.
Risau & mimpinya bagaikan alamat. Kalau mrk tak izinkan, jgn buat.
Walau tak faham keputusannya, kata2nya ada azimat.
Dgr nasihatnya, agar kau selamat. Nanti hidupmu berkat.
Tulis kepada Diari Ayah untuk mengongsi kisah: [email protected]
Atau lungsuri www.sujimy.com
Support the show
Tidak lama dahulu Ayah bertemu seorang yg memberi sebuah amalan.
Jika setiap hari ia dilakukan, rezeki boleh ditingkatkan - semuanya dengan izin Tuhan.
Dengarkan kisah sebalik amalan & pertemuan dengan orang-orang yang memberi bantuan - membuka peluang, mendidik serta memberi sokongan.
Semuanya berdasarkan tweet ini:
Anakku, tepat pd waktunya, kita akan ditemukan org yg boleh bantu kita.
Tiada pertemuan yg terjadi secara kebetulan. Semuanya dirancangkan.
Walau org itu akhirnya menganiaya, itu juga ada hikmahnya.
Sebab2 pertemuan mungkin tersembunyi, namun kebijaksaanNya sentiasa menanti.
Kongsi kisah anda atau maklumbalas ke [email protected] atau sujimy.com
Video dengan Ustaz Hasbi yang saya maksudkan: http://bit.ly/UstazHasbi
Support the show
Episode pertama Diari Ayah tentang tabiat nak naik gaji. Berlandaskan tweet ini:
Anakku, kalau nak naik gaji..
1. Dtg awal ke tempat kerja
2. Jgn lokek waktu, jgn curi tulang, hormat rakan sekerja
3. Minta boss “lebihkan tanggungjawab saya”
4. Bersih gaji dgn zakat & derma
5. Solat & sabar je
Niat nak bantu keluarga bila naik gaji, nanti rezeki dtg lagi.
sujimy.com
Support the show
From the publisher's feed

1 Listeners