
Sign up to save your podcasts
Or


**Macam mana seorang trader dari Malaysia boleh sampai ke tahap bergelar juara World Trading Tournament?**Dalam **DOLS Podcast EP114 Part 2**, Padei bercerita tentang perjalanan di sebalik kemenangan tersebut — daripada persediaan, cabaran dan tekanan pertandingan sehinggalah detik yang membawa kepada pencapaian besar dalam perjalanan trading beliau.Tapi perbualan kali ini bukan sekadar tentang menang.Padei turut berkongsi pandangannya tentang **keadaan industri trading hari ini**, bagaimana media sosial mengubah cara masyarakat melihat trader dan kenapa semakin sukar untuk membezakan antara pencapaian sebenar dengan apa yang sekadar ditunjukkan di internet.Apa yang diperlukan untuk bersaing di pentas trading?Apa yang membezakan pertandingan sebenar dengan trading yang kita selalu nampak di media sosial?Dan selepas berada sendiri di pentas pertandingan, bagaimana Padei melihat industri trading sekarang?#DOLSPodcast #Padei #WorldTradingTournament #TradingMalaysia #TraderMalaysia #PodcastMalaysia🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcast
“TikTok ni liga kampung. Tak ada piala, tak payah sembang.”Satu statement yang cukup berani daripada Aman.Dalam DOLS Podcast EP114 Part 1, Aman berkongsi pandangan beliau tentang dunia trading hari ini — khususnya bagaimana content di media sosial boleh membentuk persepsi orang terhadap seorang trader.Bagi Aman, bercakap di depan kamera itu mudah. Tetapi apabila melibatkan credibility, pencapaian dan kemampuan sebenar seorang trader, mesti ada sesuatu yang boleh dibuktikan.Kenapa Aman menganggap TikTok sebagai “liga kampung”?Siapa sebenarnya yang cuba ditegur oleh Aman?Dan sejauh mana segelintir content creator trading boleh memberi kesan kepada imej industri trading hari ini?Kita dengar sendiri penjelasan daripada Aman dalam DOLS Podcast Episod 114, Part 1.Tonton sampai habis sebelum buat kesimpulan.🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcast
Perbincangan semakin mendalam dalam Part 2. Rahim Sepahtu menyentuh tentang erti persahabatan sejati yang kekal kukuh walaupun dilanda pelbagai ujian.Bukan itu sahaja, Rahim turut berkongsi pandangan dan pengalaman peribadi beliau mengenai isu poligami serta bagaimana mengekalkan kasih sayang yang jujur tanpa membelakangkan sesiapa.🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcast #rahimsepahtu #sahabat
Episod khas Dol’s Podcast minggu ini membawakan tetamu jemputan yang cukup istimewa, Rahim Sepahtu!Dalam Part 1 ni, korang bakal dengar sendiri penjelasan dari mulut Rahim tentang apa yang sebenarnya berlaku antara beliau dan Shuib sepanjang tempoh bersama dan selepas pelbagai isu timbul. Cerita jujur, telus, dan tanpa berselindung.🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcast #rahimsepahtu #sahabat
Part 3 ni bukan sekadar sembang kosong, tapi satu pengisian tentang seni bercerita, chemistry, dan erti persahabatan sejati.Rahim Sepahtu dan Shuib mengupas bagaimana sebuah penceritaan yang kreatif bila disampaikan oleh pelawak yang hebat mampu menghasilkan punchline legendaris yang melekat di hati penonton sampai bila-bila. Mengimbau kenangan bersama Sepahtu, episod penutup ini menyingkap nilai ikatan yang membina kekuatan mereka di atas pentas.🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcast #rahimsepahtu #sahabat
Pernah suatu ketika dahulu, Wings menjadi antara kumpulan rock paling kontroversi sehingga dikenakan larangan membuat persembahan.Apa sebenarnya yang berlaku?Dalam episod ini, Dato' Awie menceritakan sendiri kisah di sebalik tempoh sukar tersebut, bagaimana mereka berdepan cabaran, dan apa yang dipelajari daripada pengalaman itu.Sebuah perkongsian yang bukan sahaja mengimbau sejarah muzik rock Malaysia, malah memberi pengajaran tentang ketabahan dan perjuangan dalam industri seni.🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcastJika anda menikmati episod ini, jangan lupa Like, Kongsi dan Subscribe untuk lebih banyak perbualan eksklusif bersama tokoh-tokoh hebat Malaysia.#DOLSPodcast #DatoAwie #Wings #SejarahRockMalaysia #PodcastMalaysia #rocklegend
Tidak ramai artis mampu berjaya dalam dua dunia yang berbeza.Dalam episod ini, Dato' Awie berkongsi perjalanan beliau membina nama sebagai penyanyi rock dan pada masa sama menjadi antara pelakon paling dikenali di Malaysia.Bagaimana beliau mengurus tekanan, membahagikan masa, dan mengekalkan kualiti dalam kedua-dua bidang?Saksikan perkongsian penuh yang sarat dengan pengalaman dan inspirasi.🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcastJangan lupa Subscribe dan aktifkan loceng supaya tidak terlepas episod seterusnya.#DOLSPodcast #DatoAwie #Lakonan #Nyanyian #PodcastMalaysia #wings
Adakah Dato' Awie masih menyanyikan lagu-lagu Wings dalam key asal?Dalam episod pertama DOLS Podcast bersama legenda rock tanah air, Dato' Awie berkongsi secara jujur tentang perubahan suara, pengalaman sebagai penyanyi selepas puluhan tahun berkarya, serta bagaimana beliau menjaga kualiti persembahan sehingga hari ini.Kalau anda peminat Wings atau membesar dengan lagu-lagu rock Malaysia, episod ini memang wajib tonton sampai habis.🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcastJangan lupa Like, Comment & Subscribe untuk lebih banyak perkongsian eksklusif bersama figura hebat tanah air.#DOLSPodcast #DatoAwie #Wings #PodcastMalaysia #RockKapak #Awie
Penutup episod reunion kali ini penuh dengan gelak tawa! Betul ke Shuk Sahar ada plan nak cari jodoh dekat Pattani? Shuib dengan Mamat pun tak percaya dengar cerita ni.Tonton sampai habis untuk tahu jawapan sebenar dan rancangan masa depan kitorang!🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcast
Dalam Part 2 ni, suasana bertukar emosi bila Shuk Sahar berkongsi pengalaman paling berharga dan bermakna dalam hidupnya — detik beliau mengimamkan sendiri solat jenazah arwah ayahnya.Sisi berbeza Shuk Sahar yang ramai tak tahu, dikongsikan secara terbuka bersama Shuib dan Mamat.🎙️ Follow Dol’s Podcast:Instagram / TikTok: @dols.podcast
From the publisher's feed