Bisnes Makeover kali ini mengupas topik bersama wakil PUNB berkenaan kurangnya kefahaman dan pengetahuan dari para usahawan mengenai pakej-pakej ditawarkan oleh PUNB berbanding pakej yang ditawarkan oleh agensi lain seperti MARA, TEKUN dan sebagainya. Ia lebih ketara kepada usahawan luar bandar yang mungkin berminat untuk memohon pembiayaan di bawah RM100,000.
Segmen Cuba Try Test Share kali ini membawakan perbincangan mengenai terdapat usahawan yang berpotensi untuk dibantu pihak PUNB tetapi tidak mengetahui mengenai PUNB dan cara-cara untuk memohon, lebih-lebih lagi perniagaan yang dijalankan di luar bandar. Persoalannya, adakah pihak PUNB akan mendekati mereka atau sebaliknya? Ianya pasti terjawab di episod ini yang dihoskan oleh Nana Mahazan bersama tetamu, Puan Norhazreen Ab Ghani, Ketua Unit Pemasaran & Pembangunan Usahawan, PUNB.
Kesimpulan yang boleh dibuat di episod ini, PUNB sentiasa terbuka membantu pelbagai usahawan Bumiputera tanpa prejudis, asalkan mereka layak dan benar-benar ingin mentransformasikan bisnes mereka.