Episod kali ini berkongsi bagaimana komunikasi boleh membuatkan bisnes anda bertambah baik, Dalam apa jua bentuk perniagaan atau pekerjaan, komunikasi amat diperlukan. Komunikasi di antara pengusaha dan pelanggan, sesama rakan, tetamu atau sesiapa saja tidak dapat dielakkan dan kesilapan mengatur teknik komunikasi mampu menjadikan bisnes kita merundum dan gagal
Nana Mahazan berkongsi tips kepada usahawan bagaimana memahirkan diri dari aspek komunikasi kerana ramai beranggapan komunikasi lebih kepada percakapan tetapi komunikasi ini sangat meluas termasuklah lenggik badan, memek muka, cara penulisan, frasa-frasa ayat dan pelbagai lagi. Ini semua berkait rapat dengan sasaran pelanggan yang sesuai mengikut pelbagai kategori seperti umur, latar belakang, jantina dan pelbagai lagi.