Keluar Sekejap

EP157 | Zafrul Sertai PKR, 2 Menteri Letak Jawatan, Prestasi Pelaburan KWSP, Pemaparan Harga Ubat


Listen Later

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 157 kali ini menampilkan hos jemputan, Zaidel Baharuddin, yang bergandingan bersama KJ dalam sebuah episod yang sarat dengan perbincangan isu semasa merangkumi politik, dasar kesihatan dan landskap ekonomi negara.


Episod dibuka dengan analisis mengenai keputusan mengejut Tengku Zafrul meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, termasuk implikasinya terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan, keberkesanan Akta Anti Lompat Parti serta ramalan masa depan politik beliau selepas tamat tempoh sebagai Senator hujung tahun ini.


Perbincangan diteruskan dengan isu peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi daripada Kabinet, dan bagaimana tindakan mereka membuka ruang kepada gerakan semak imbang dalam PKR serta kemungkinan rombakan Kabinet oleh PMX dalam masa terdekat.


Isu sivil melibatkan Yusoff Rawther dan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disentuh, termasuk permohonan PMX untuk merujuk isu imuniti ke Mahkamah Persekutuan yang ditolak. KJ dan Zaidel meneliti kesan politik terhadap kepimpinan Madani serta persepsi antarabangsa terhadap kebebasan institusi kehakiman di Malaysia.


Dalam segmen kesihatan, Keluar Sekejap menjemput Dr. Chang Chee Song untuk menjelaskan kontroversi dasar price transparency dan penggunaan Akta 723 ke atas klinik swasta. Turut dibincangkan: isu yuran konsultasi yang tidak dikemas kini sejak 2006, ketidaktelusan dalam peranan TPA (third-party administrators), serta keperluan reformasi menyeluruh terhadap sistem penjagaan kesihatan termasuk semakan semula Akta 586 dan struktur harga ubat.


Segmen akhir memfokuskan kepada cabaran ekonomi semasa dengan KWSP melaporkan penurunan 13% dalam pendapatan pelaburan suku pertama 2025, serta langkah Petronas mengurangkan 10% tenaga kerja berikutan prestasi kewangan yang merosot dan ketidaktentuan dalam rundingan bersama Petros di Sarawak.


Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?

Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!

Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Keluar SekejapBy Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

  • 5
  • 5
  • 5
  • 5
  • 5

5

8 ratings


More shows like Keluar Sekejap

View all
The Breakfast Grille by BFM Media

The Breakfast Grille

3 Listeners

Mufti Menk by Muslim Central

Mufti Menk

2,091 Listeners

Nouman Ali Khan by Muslim Central

Nouman Ali Khan

890 Listeners

Yasir Qadhi by Muslim Central

Yasir Qadhi

979 Listeners

Omar Suleiman by Muslim Central

Omar Suleiman

1,968 Listeners

MALAM SERAM by KC Champion

MALAM SERAM

19 Listeners

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

174 Listeners

The Daily Ketchup by The Daily Ketchup

The Daily Ketchup

7 Listeners

Apa Citer? by Izzat, Anwar dan Hekal

Apa Citer?

0 Listeners

Khabarnya Podcast by Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

0 Listeners

OKLETSGO by Dzar, Dyn & Razie

OKLETSGO

0 Listeners

BBK Network @ Podcast by BBK Network

BBK Network @ Podcast

0 Listeners

Are We OK? by Are We OK?

Are We OK?

0 Listeners

Mufti Menk Podcast by Mufti Ismail Menk

Mufti Menk Podcast

28 Listeners

Tekan Habis Podcast by tekanhabis

Tekan Habis Podcast

0 Listeners