Keluar Sekejap

EP161 | Peluasan SST, Penyasaran Subsidi RON95, Kerangka Ekonomi Madani, RMK13


Listen Later

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 161 menampilkan tetamu jemputan khas,YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, dalam satu perbincangan mendalam mengenai hala tuju dasar fiskal negara, penyasaran subsidi RON95, peluasan SST, serta pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI.Episod dimulakan dengan penjelasan langsung daripada Yang Berhormat Menteri tentang pendekatan kerajaan dalam memperkukuh fiskal negara termasuk rasional di sebalik penyasaran subsidi petrol dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai 2025. Beliau turut berkongsi cabaran dalam menyeimbangkan keperluan mengurangkan defisit dengan sensitiviti rakyat terhadap kos sara hidup.Perbincangan menyentuh secara kritikal tentang bagaimana Kerangka Ekonomi MADANI meskipun mempunyai asas yang kukuh masih berdepan cabaran pelaksanaan dasar secara menyeluruh dan konsisten. Turut dibincangkan adalah fungsi sistem PADU dalam memastikan penyasaran subsidi dapat dilakukan secara adil dan efektif tanpa membebankan golongan yang tidak layak.Dalam segmen yang strategik, episod ini juga menyentuh tentang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bakal dibentangkan pada 31 Julai. Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa perangkaan RMK13 adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyelaraskan perancangan pembangunan negara dengan prinsip-prinsip dan aspirasi Kerangka Ekonomi MADANI.Sebagai pendengar setia Keluar Sekejap, nikmati dua promosi eksklusif daripada Tealive!Melalui Tealive App, dapatkan 2 minuman pada harga RM15 dengan kod promo TEALIVEJAP . Sah selama 1 bulan mulai 3 Julai untuk semua jenis minuman dan satu penebusan sahaja buat setiap pengguna.Di TikTok Tealive Shop, belanja minimum RM30 dan gunakan kod yang sama TEALIVEJAP untuk nikmati diskaun RM5 atas pembelian produk FMCG.Jenama anda patut berdiri seiring suara yang membawa makna!Taja episod Keluar Sekejap dan capai ribuan penonton berpengaruh di seluruh negara!Hubungi kami sekarang di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk mendapatkan pakej penajaan eksklusif tahun 2025

...more
View all episodesView all episodes
Download on the App Store

Keluar SekejapBy Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

  • 5
  • 5
  • 5
  • 5
  • 5

5

8 ratings


More shows like Keluar Sekejap

View all
The Breakfast Grille by BFM Media

The Breakfast Grille

3 Listeners

Mufti Menk by Muslim Central

Mufti Menk

2,091 Listeners

Nouman Ali Khan by Muslim Central

Nouman Ali Khan

890 Listeners

Yasir Qadhi by Muslim Central

Yasir Qadhi

979 Listeners

Omar Suleiman by Muslim Central

Omar Suleiman

1,968 Listeners

MALAM SERAM by KC Champion

MALAM SERAM

19 Listeners

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

174 Listeners

The Daily Ketchup by The Daily Ketchup

The Daily Ketchup

7 Listeners

Apa Citer? by Izzat, Anwar dan Hekal

Apa Citer?

0 Listeners

Khabarnya Podcast by Khabarnya Podcast

Khabarnya Podcast

0 Listeners

OKLETSGO by Dzar, Dyn & Razie

OKLETSGO

0 Listeners

BBK Network @ Podcast by BBK Network

BBK Network @ Podcast

0 Listeners

Are We OK? by Are We OK?

Are We OK?

0 Listeners

Mufti Menk Podcast by Mufti Ismail Menk

Mufti Menk Podcast

28 Listeners

Tekan Habis Podcast by tekanhabis

Tekan Habis Podcast

0 Listeners