๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐ข๐ฆ๐๐ฆ ๐๐๐๐ ๐๐๐ช๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐จ๐ ๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐
Diagnosis ADHD, sentiasa lebih awal lebih baik. Walaupun realitinya ia sukar berlaku.
Bagi individu lelaki, diagnosis ADHD bermanfaat sebelum membuat keputusan berumahtangga, pada mengambil kira faktor-faktor berikut:
๐๐๐ฅ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก
1. Ramai individu ADHD sukar mengekalkan komitmen kepada satu pekerjaan terutamanya yang berbentuk rutin lagi membosankan. Kesukaran mengekalkan komitmen kepada pekerjaan merisikokan kemampuannya menjana pendapatan. Ia menjejaskan peranan yang hendak dimainkan sebagai 'breadwinner' di dalam keluarga.
2. Kegagalan mengurusan hal kerjaya dan pendapatan berisiko menjadi faktor paling besar ke atas survival perkahwinan dan kerukunan keluarga. Ia juga mengundang impostor syndrome yang kronik lagi tidak berpenghujung.
3. Diagnosis awal membolehkan perbincangan dibuat dengan pasangan, mengatur strategi malah mungkin memilih kerjaya yang lebih fleksibel, menjadi usahawan (entrepreneur) dan memiliki perniagaan sendiri.
4. Intervensi dalam bentuk pengambilan stimulant juga membabitkan komitmen kewangan yang tinggi. Tanpa persediaan awal, ia berisiko menambah krisis dalam perkahwinan dan keluarga.
๐๐๐ก๐๐ง๐๐
1. Oleh kerana ADHD adalah 'highly genetic', isu ini juga boleh menjadikan pasangan lebih bersedia dan peka memantau perkembangan anak-anak di kemudian hari.
๐ฅ๐๐๐จ๐๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐ข๐ฆ๐
1. Jika individu ADHD lelaki itu mengalami gangguan regulasi emosi, berkahwin dan berkeluarga membuka risiko yang besar kepada cabaran yang berpanjangan jika pasangan turut mempunyai emosi yang tidak stabil. Ia diburukkan lagi jika pasangan bersifat argumentative, menjadikan kekerapan berbalah lebih daripada biasa.
2. Berselisih faham dan bertengkar adalah perkara lumrah dalam perkahwinan. Cuma, individu ADHD yang mengalami gangguan regulasi emosi akan mengalami tekanan emosi yang jauh lebih 'intense' berbanding individu bukan ADHD.
3. Tekanan ini secara sedar atau tidak sedar boleh menyebabkan lelaki berkenaan mengelak daripada tercetusnya masalah dengan mendiamkan diri, setuju sahaja, serta berhenti berpendapat. Ini boleh meningkatkan risiko kemurungan yang berpanjangan.
4.Atau sebaliknya, emosi yang 'intense' jadi tidak terkawal hingga mencetuskan tindakan fizikal yang memudaratkan, nauzubillah.
5. Dengan adanya diagnosis awal, individu berkenaan dan pasangannya boleh lebih faham memahami, bersedia lebih awal.
๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก
Akses kepada diagnosis dan ilmu pengetahuan, boleh membantu menjadikan isu neurodiversiti sebagai salah satu kriteria yang diambil kira pada menentukan sekufu atau tidak sekufunya dua insan yang berhasrat untuk membina ikatan perkahwinan bersama. Melangkaui definisi tradisional yang kita semua sedia maklum.
Sakinah, Mawaddah, dan Rahmah...
Hasrizal
adhd.saifulislam.com
๐
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal#adhddewasa #adhdmalaysia #adhd