Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Iktibar Krisis Pendidikan Era Pandemik Yang Sudah Dilupakan

    Semasa pandemik, kita berdoa cukuplah agar anak kita dapat benda asasi yang paling penting dalam pendidikan.

    Dialah yang memudahkan kamu bergerak di darat dan di laut. Sehingga apabila kamu berada di dalam kapal, dan ia bergerak laju membawa penumpang-penumpangnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka pun bergembira dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin ribut yang kencang, dan mereka diserang ombak dari segala penjuru, lalu mereka percaya bahawa mereka terkepung dalam bahaya; pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata (sambil merayu dengan berkata): โ€œDemi sesungguhnya! Jika Engkau (Ya Allah) selamatkan kami daripada bahaya ini, nescaya kami menjadi orang-orang yang bersyukurโ€. (Surah Yunus : 22)

    Selepas musibah berlalu kita kembali berpesta keputusan peperiksaan. Anak kita orang ok je. Yang berpuluh ribu tidak menduduki peperiksaan dan tidak layak mendapat sijil tu, pandai-pandai le nak hidup. Ala, tiap-tiap tahun ada je macam tu. So what.

    #muhasabah #tazkirahtiktok #surahyunus #iktibar #tazkirah #spm2022 #spm2023 #pendidikan

    3 min
  • Semasa Ujian Memalukan Diri

    Jika kita diuji dengan ujian penindasan orang berkuasa, manusia mudah simpati dengan kita, melihat kita bersabar dan mungkin berakhir sebagai hero yang mendapat tepukan. Tetapi bagaimana jika kita diuji dengan ujian yang memalukan diri? Diuji dengan penyakit kulit, hingga mengundang kecaman bahawa kita pengotor, mempunyai cara hidup yang bermasalah dan sebagainya?

    Sedangkan itu adalah ujian Allah ke atas Nabi Ayyub a.s!
    Bagaimana jika kita diuji dengan kematian anak? Kedukaan dan kesabaran Nabi Muhammad ๏ทบ apabila kematian anak-anaknya seorang demi seorang, biar pun perit, ia boleh diproses dengan mudah. Tetapi bagaimana jika kita diuji dengan zuriat yang menolak didikan, bimbingan, dakwah malah kasih sayang kita, memilih melakukan maksiat terang-terangan? Lantas kita dikecam sebagai lelaki dayus, lemah kepimpinan dalam rumahtangga dan keluarga serta gagal dalam mendidik anak-anak?
    Sedangkan, itu adalah ujian Allah ke atas Nabi Nuh a.s, Nabi Yaakub a.s, dan Abu Bakr al-Siddiq r.a.
    Adakah semasa diuji sedemikian rupa, kita berhasil mendekatkan diri kepada Allah menghitung iktibar, atau kita mempersoalkan-Nya, "mengapa aku diuji sebegini?"
    Hakikatnya, ujian-ujian seperti itu hadir, untuk mendorong kita mencapai ketinggian iman, dengan mengikhlaskan diri dalam mengimani-Nya. Dan kita tidak akan mencapainya sehinggalah mฤ fฤซ qalbฤซ ghairullฤh... tiada apa-apa dalam hatiku, kecuali Allah.

    2 min
  • Perangkap Pakar Jadi Merepek

    Usaha membumikan ilmu adalah kerja murni. Memudahkan untuk orang ramai memahami perkara kompleks.

    Tetapi usaha ini berisiko menjerumus pakar ke daerah populis hingga kesarjanaan merosot sedikit demi sedikit beralih daripada seorang pakar, kepada penceramah merepek.

    Orang ramai lazimnya teruja dapat memahami perkara hebat. Reaksi mereka lebih bersifat emosional. Kagum, tergamam, dan ramai melahirkan rasa syukur dan berterima kasih.

    Reaksi emosional itu mempengaruhi emosi penceramah juga.

    Ia memberi rasa semangat untuk usaha banyak lagi. Motivasi adalah hubungan emosi seseorang dengan kerja yang dibuatnya.

    Kitaran โ€˜supply and demandโ€™ boleh memerangkap kedua-dua penceramah dan hadirin.

    Tidak mengapa beri sedikit, terima sedikit, kekerapan pun kurang, agar antara satu yang diberi dan diterima, ada ruang yang cukup untuk redakan emosi, melanjutkan renungan yang lebih mendalam. Bukannya melompat daripada satu kepada satu, hendak dan hendak lagi, hingga merosakkan kita.

    Sains jadi pseudosains.

    Sejarah jadi pseudosejarah.

    Agama jadi pseudoagama.

    Amanah ilmu benda berat.

    Takwa kepada Allah swt adalah mekanisme untuk yang mengajar dan yang belajar, sama-sama bermuhasabah.

    3 min
  • โ€˜Kesalโ€™ Tidak Habis Belajar Fizik dan Matematik Tambahan di Sekolah

    โ€˜๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—”๐—Ÿโ€™ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—›๐—”๐—•๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ง๐—˜๐— ๐—”๐—ง๐—œ๐—ž ๐—ง๐—”๐— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—›

    Saya jarang layan persoalan โ€œkalaulahโ€, โ€œbagaimana jika diberi peluang berpatah balikโ€ dan yang seumpama dengannya sebab ia tidak akan berlaku, hanya membuang masa meneroka jawapannya.

    Kecuali jika jawapan kepada persoalan itu bermanfaat untuk sesuatu yang boleh dilakukan sekarang.

    Misalnya, jika saya boleh berpatah balik ke zaman sekolah, antara yang saya kesalkan ialah semasa bersekolah, saya tidak mendapat idea bagaimana sains boleh menolong saya meneroka dan mencari kebenaran. Dapat sedikit semasa belajar biologi kerana cikgu kami, Cikgu Mohd Arip Kasmo memang memberi penekanan. Tetapi ia lebih kepada apa yang kita belajar di dalam biologi, ada di dalam al-Quran, justeru membuktikan kebenaran al-Quran dan kebesaran Allah swt.

    Apa yang saya hajatkan adalah bagaimana mengenai fizik dan matematik tambahan. Bagaimana menguasai kemahiran subjek berkenaan boleh menolong saya meneroka theoretical physics dan fizik angkasa yang kompleks. Hari ini, apabila mendengar atau membaca penerangan mengenai hal ehwal ini, saya hanya dapat menghargai hasil akhir. Tidak memahami prosesnya.

    Saya mula membaca kembali buku-buku sains yang ditulis untuk kanak-kanak berumur 10 ke 12 tahun, agar saya dapat faham semula betul-betul apa itu sel, atom, molekul, bagaimana photons itu unik, perlahan-lahan. Supaya saya boleh terangkan kenapa kucing kami tak akan boleh menangkap cahaya laser di lantai yang saya gunakan untuk bermain dengannya.

    Mungkin sudah terlambat. Saya pun sudah tua. Kekesalan mengenang hal ini saya gunakan untuk membebel dengan anak-anak sahajalah. At least saya dahulu kehilangan peluang belajar sains kerana mahu belajar agama dan bahasa Arab. Kalian, agama pun tak sangat, sains pun tak sangat, ruginya kalau sibuk hal rambut dan kasut sahaja.

    Fed up anak-anak dengar orang tuanya membebel macam ini ๐Ÿ˜†.

    Paling utamaโ€ฆ

    Hendaklah kita beringat dan berhati-hati bahawa Rasulullah ๏ทบ melarang ungkapan berkalau-kalau sebagai kekesalan kerana ia membuka pintu hasutan syaitan:

    ูˆูŽุฅูู†ู’ ุฃูŽุตูŽุงุจูŽูƒูŽ ุดูŽูŠู’ุกูŒุŒ ููŽู„ูŽุง ุชูŽู‚ูู„ู’ ู„ูŽูˆู’ ุฃูŽู†ูู‘ูŠ ููŽุนูŽู„ู’ุชู ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุงุŒ ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ู‚ูู„ู’ ู‚ูŽุฏูŽุฑู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุดูŽุงุกูŽ ููŽุนูŽู„ูŽุŒ ููŽุฅูู†ูŽู‘ ู„ูŽูˆู’ ุชูŽูู’ุชูŽุญู ุนูŽู…ูŽู„ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุทูŽุงู†ู

    "Kalau engkau tertimpa musibah, janganlah engkau mengatakan: Kalau tadi aku lakukan begini, tentu jadinya akan begini dan begini, tapi katakanlah: Sudah takdir Allah, Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Kerana sesungguhnya kata "kalau" itu membuka pintu amalan syaitan.โ€ (Hadith riwayat Muslim, no. 22664)



    7 min
  • Makin Mudah Tahu, Makin Tidak Tahu: Kenapa?

    "Mengapa Kebodohan Masih Membebani Umat Islam?"

    Muslim umumnya setuju dan menganggap agama mereka, Islam, sebagai agama yang mengutamakan ilmu.
    Bahkan, majoriti umat Islam mengetahui bahawa ayat pertama yang diwahyukan adalah IQRA, simbol pentingnya ilmu. Seharusnya, dengan menjadi Muslim, masalah ilmu selesai.
    Namun, mengapa masalah kebodohan masih menjadi isu utama kita? Bahkan di zaman yang sangat mudah untuk tahu seperti hari ini, kejahilan berleluasa sebagai wabak?
    Dahulu, bentuk kejahilan mudah diatasi. Kebodohan adalah hasil dari ketidaktahuan, dan solusinya sederhana: informasi. Jika kita tidak tahu, kita cari maklumat, lalu menjadi tahu.
    Namun, sekarang ini, kebodohan telah menjadi beban yang berlapis-lapis.
    Kita menjadi bingung, tahu sebahagian sebagai serpihan, tahu sedikit tetapi rasa tahu banyak dan bahkan tidak tahu apa yang perlu diketahui. Kita mendakwa sudah memahami IQRA. Namun, apakah mungkin kita sebenarnya belum sepenuhnya memahami?
    Mungkinkah kita belum faham apa sebenarnya yang Allah swt mahu kita ambil daripada perintah IQRA itu?
    Jika hanya ilmu agama yang penting, ayat kedua surah al-'Alaq itu sudah menuntut kita memahami berbekalkan ilmu yang hari ini bukan dalam kategori ilmu agama?
    "Dia menciptakan manusia daripada seketul daging yang tergantung?"
    Apa implikasinya apabila ilmu matematik dan fizik, disingkir daripada senarai ilmu yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi alim?
    Apa sejarahnya di abad ke-17 Istanbul selepas Balai Cerap Taqi al-Din Muhammad ibn Maโ€™ruf dirobohkan?
    Saya ingin menjemput sahabat melabur 12 minit masa anda untuk membincangkan hal yang kritikal ini. Terima kasih.

    12 min
  • Mengapa Saya Berhijrah - Episod 4: Kehidupan Anak Muda 'Haraki' Pasca Bai'ah

    Mengapa Saya Berhijrah?

    Masih meneroka jawapan kepada pertanyaan ini.

    Kali ini, di episod keempat, saya merenung kembali kenangan, impian, dan harapan saya sebagai anak muda โ€˜harakiโ€™ yang baru sahaja meninggalkan alam persekolahan. Saya menggerakan definisi diri melalui bai'ah pada tahun 1993.

    Saya cuba memahami liku-liku fikrah haraki saya terbentuk, menggunakan kerangka Psychopolitical Analysis model Jungian. Ia digunakan oleh Lawrence Alschuler di dalam kajiannya, โ€œIslamism and fanaticism: A Jungian psychopolitical analysis.โ€ Psychotherapy and Politics International 9.2 (2011). Alschuler mengkaji autobiografi bekas aktivis Hizb al-Tahrir, Ed Husain bertajuk The Islamist: Why I Joined Radical Islam in Britain, What I Saw Inside and Why I Left.

    Hizb al-Tahrir berbeza dengan gerakan seperti PAS, kerana di zaman Ed Husain, mereka menolak penyertaan Islamis di dalam aktiviti demokrasi. Tidak seperti PAS. Tetapi saya kira proses pembentukan fikrah saya di dalam PAS masih boleh mengguna pakai model Jungian tersebut.

    Tahap-tahap seperti naive consciousness, fanaticised consciousness, liberated consciousness, dan lain-lain yang Alschuler terangkan di dalam kajiannya, menjelaskan pola-pola fikiran saya ketika itu.

    Di dalam siri ini, saya berusaha menjaga maruah semua yang terlibat, menjauhkan diri daripada menyebut nama, dan sekali lagi mengulang, bahawa saya mengkisahkan semula kenangan itu hari ini hanya untuk mencari ibrah dan kebaikan buat bekalan sisa-sisa kehidupan yang ada.Saya sudah meninggalkan luka dan parut ujian itu di dalam lipatan kenangan silam.

    Saya Hasrizal, ana uhibbukum fillah.

    30 min
  • Mengapa Saya Berhijrah - Episod 3: Realiti Alternatif Remaja 'Haraki'

    Biar pun bersekolah di sekolah yang sama, tinggal di asrama yang sama, saya menempuh alam persekolahan terpisah daripada sahabat-sahabat kerana seawal usia telah masuk ke dalam realiti alternatif pada memprogramkan diri menjadi seorang 'pejuang Islam'.

    Istilah yang disebut dengan selesa sebagai 'haraki', 'jundi' atau 'amilin' oleh mereka yang berada di dalamnya, dan dikaji sebagai Islamist di dalam literatur masa kini.Ia menjadikan saya sukar berpatah balik mengenang alam remaja itu disebabkan oleh pelbagai insiden peribadi, masyarakat dan nasional, yang menjadikan agenda 'perjuangan Islam' berubah rentak dan wajah.

    Hal ini menjadi topik ketiga pada usaha saya menjawab pertanyaan, "mengapa saya berhijrah?"

    Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

    34 min
  • Religious, But Divisive?

    In the Quran, Allah's instructed us to establish our religion and reminded us not to sow seeds of discord among ourselves. It is ironic that when it comes to matters of faith, we often become vulnerable to division and fail to show consideration to our fellow believers, causing harm within our community.

    The Quran reminds us in chapter 42, verse 13:
    "Maintain your faith, but do not create division within it."
    This is a weighty admonition. Religion is meant to unite and uplift us, both in this life and the hereafter. If we allow it to become a source of conflict and animosity between us, we risk losing sight of its true purpose.
    We may even begin to worship the religion itself, rather than Allah.
    True worship of Allah is reflected in our attitudes and actions towards others.
    A sincere believer strives to strike a delicate balance between firmness and gentleness, demonstrating kindness and compassion even in the face of adversity. Let us all remember this and work to build a harmonious and inclusive community, united by our love of Allah and our shared commitment to living according to His teachings.
    www.rizal.ie
    author | educator | entrepreneur

    2 min
  • Mengapa Saya Berhijrah - Episod 2: Kegagalan Primary Attachment

    Primary attachment merujuk kepada hubungan emosi yang kita bina semenjak lahir dengan individu paling rapat (ibu, bapa), untuk berasa aman dan selamat. Seumpama anak kambing, apabila meningkat umur, semakin berani meninggalkan kumpulannya untuk meneroka. Tetapi apabila timbul ancaman, anak kambing itu boleh balik kepada ibunya, memisahkan diri daripada ancaman yang menakutkan itu.


    Kehidupan di sekolah berasrama menghilangkan fungsi primary attachment ini. Sebab itu, menghantar anak pada usia kecil (misalnya umur sekolah rendah) untuk bersekolah di asrama, adalah yang paling meninggikan risiko kegagalan primary attachment ini. Apatah lagi budaya masyarakat kita, mengejek dan memandang hina perasaan rindu dan berhajatkan kepada ibu. Kita anggap ia lemah dan memalukan. Lalu, emosi itu dipendam, disembunyikan dan perlahan-lahan, si anak membina usaha bersendirian mempertahankan diri.


    Ia turut terjadi di sekolah agama.


    Sedangkan Nabi Muhammad ๏ทบ menunjukkan pendekatan yang berlawanan dengan itu. Apabila Malik bin al-Huwairith r.a. serta anak-anak muda yang belajar bersamanya dengan Rasulullah ๏ทบ rindukan keluarga selepas 20 malam berpisah, Rasulullah ๏ทบ menangguhkan aktiviti pembelajaran, mengiktiraf kerinduan itu, dan menyuruh anak-anak muda itu pulang ke keluarga masing-masing.


    Kita mengutip amalan jahiliah yang menyalahi fitrah, menyangkanya sebagai Islamik dan Saintifik.


    Lanjutan 5 tahun berada di asrama, terus 11 tahun merantau di luar negara, saya berhasrat untuk menebus kehilangan hubungan dengan ibu dan peluang berbakti kepadanya. Tetapi kehidupan di tanahair tidak berjaya. Saya ralat kerana sentiasa terhalang daripada membahagiakan hati ibu sendiri hingga ibu perlahan-lahan dihinggapi dimentia dan hilang kemesraan dengan saya. Akhirnya saya nekad membawa diri pada tahun 2016 ke Finland.


    Apabila mendapat khabar mengejut tentang pemergian ibu secara tiba-tiba, saya rasa seperti layang-layang terputus tali dan hilang ditelan kabus perantauan. Tiada sesiapa di sekeliling saya yang dapat sama-sama bersedih dengan pemergian ibu. Saya menangis sepuas-puasnya di bawah pohon birch di belakang rumah. Ia menutup hati saya untuk kembali ke tanahair kerana saki baki usia yang ada tidak memungkinkan saya untuk memulakan kembali kehidupan di tanahair kerana ibu yang menjadi pengikat hati saya dengan kampung halaman, telah pergi buat selamanya.


    Primary Attachment, di dalam tema Boarding School Syndrome, menjelaskan mengapa ex boarders, ramai yang mempunyai karakter diri yang dikagumi sebagai tokoh masyarakat, ahli korporat dan profesional yang berkarisma, tetapi di dalam kehidupan peribadi, individu ini rumit meluahkan perasaan dan mencetuskan rasa terasing pada diri pasangan akibatnya.


    Ia boleh diatasi melalui terapi dan kesabaran. Namun ia harus bermula dengan memahami terlebih dahulu mengapa ia berlaku.


    John Bowlby sebagai ilmuan yang mengasas dan mengembangkan Attachment Theory itu sendiri, adalah bekas murid sekolah berasrama. Dalam suratnya kepada isteri, beliau berkata, "usahkan anak, anjing aku pun tidak akan aku hantar tinggal dan hidup di sekolah berasrama!"


    Sesuatu untuk renungan kita bersama.


    Jalan berliku untuk ditempuh di celah kemegahan arus perdana bersekolah di sekolah-sekolah berasrama generasi ke generasi kita.

    17 min

About Hasrizal

From the publisher's feed

PODCAST.HASRIZAL.COM

More shows like Hasrizal

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

195 Listeners