
Sign up to save your podcasts
Or


7:08 HUBUNGAN: Mengapa hubungan kita dengan Ramadan tidak 'natural'?
11:06 OVERDO: Kita boleh gagal memperolehi hasil, apabila kita 'berlebih-lebihan secara salah' dalam usaha. Bagaimanakah Ramadan diperkenalkan kepada anak?
14:35 MEMORI negatif zaman kanak-kanak semasa belajar berpuasa.
16:31 PERMULAAN: Kewajipan puasa Ramadan bermula selepas lebih 13 tahun usaha intensif membentuk akidah generasi sahabat.
17:56 IMBANG: Hilang keseimbangan dalam membina keberagamaan antara keimanan dan hukum hakam.
20:00 AKIDAH Pentingnya akidah pula, diterjemahkan secara tidak tepat dengan melihatnya sebagai keperluan membanyakkan fakta semata-mata.
21:09 SOSIOLOGI: Finland kecilkan jurang antara rumah dan sekolah untuk hapuskan 'the unnatural kid' yang belajar hanya apabila berada di sekolah. Bagaimana jurang antara Ramadan kita dan bulan-bulan lain? Lebih besar jurang, lebih 'unnatural' perubahan kita di bulan Ramadan tersebut.
28:43 HILANG MAKNA: Ingin mendekati agama, tetapi dengan ketiadaan makna ke atas jiwa. Bagaimana?
30:40 ILMU: Asas yang tetap sama. Kesedaran hanya spark plug yang memerlukan bahan bakar untuk terus menyala dan menggerakkan enjin.
35:08 NIAT: Apa signifikannya 'lillahi Ta'ala' di dalam niat kita beribadah?
37:58 AKIDAH & ANAK: Adakah 'meaningful' kanak-kanak usia 7 tahun belajar fakta-fakta standard akidah kita?
39:55 IMAGINASI: Dialog Rasulullah ﷺ dengan Aishah r.a. mengenai imaginasi kuda Nabi Sulaiman a.s. bersayap dua. Bagaimana?
44:06 BINARI: Pendekatan kita dalam mendidik kanak-kanak terlebih memberi berat ke atas betul vs salah, hingga 'correcting' lebih banyak berbanding 'connecting'.
48:08 MINORITI vs MAJORITI: Mengamalkan Islam sebagai muslim minoriti di negara bukan Islam, konteksnya lebih mirip kepada pengalaman generasi sahabat yang bercampur aduk antara Muslim dan non Muslim, sebelum era formaliti, struktur, institusi dan controlled environment.
53:25 EROPAH: Anak-anak terjejas pengamalan dan penampilan sebagai Muslim, tetapi akidah secara sengaja atau tidak sengaja menjadi lebih terang kerana desakan survival sebagai minoriti yang masih mengamalkan Islam.
1:00:00 TAKWA: Challenge vs response: takwa sebagai alat navigasi zaman senang dan susah, majoriti dan minoriti.
1:05:07 ISLAH & TAJDID: Kitaran islah dan tajdid sepanjang zaman kerana meneroka dinamika konteks satu zaman ke satu zaman.
Semoga bermanfaat.
Perbincangan mengenai cabaran-cabaran manusia sebagai penghasil makna (meaning makers) pada mengertikan makna Ramadan.
Di manakah silapnya sehingga perubahan-perubahan yang berlaku di bulan Ramadan, sukar dibawa ke bulan-bulan seterusnya?
Perbincangan juga bertujuan mempromosi program Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan pada 18 Mac 2023 akan datang. Tempah tiket Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan dan gunakan kod diskaun SMTUHAJ untuk nikmati diskaun RM30 di www.imanshoppe.com
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal
Paypal: https://paypal.hasrizal.com
Revolut: https://revolut.me/hasrizal
Kita berusaha mencari titik seimbang antara berempati dengan cabaran hidup yang dihadapi, kesakitan yang dialami, dengan keengganan memilih jalan-jalan kesembuhan yang ada. Antaranya, kita menghabiskan masa mencari teman yang memahami atau senasib, untuk saling co-ruminating, mengheret sesama sahabat karib ke daerah emosi yang lebih gelap, menjauhi solusi dan kesembuhan. Akhirnya, kita berisiko mensesiakan peluang sembuh kerana memilih jalan kesembuhan yang kita mahu, bukan yang kita perlu.
Petikan IG Live hari ini, berkongsi beberapa pandangan sebagai persiapan menyambut Ramadan. Juga mengajak sahabat menyertai program penuh anjuran Iman Publication, Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan. Program bakal berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar pada 18 Mac 2023 dan juga melalui livestreaming menggunakan Zoom. Tempah tiket Sehingga Mentari Terbit Edisi Ramadan dan gunakan kod diskaun SMTUHAJ untuk nikmati diskaun RM30 di www.imanshoppe.com 🥰
Semasa membaca cerpen Franz Kafka bertajuk "POSEIDON", saya terkenangkan masalah sistem pendidikan kita dan taufan birokrasinya.
Poseidon di dalam Greek Mythology adalah Tuhan Laut.
Di dalam cerpen Franz Kafka, Poseidon berdepan senario pelik. Beliau terbelenggu dengan laporan-laporan mengenai laut di bawah jagaannya. Ia menjadi sindirian Franz Kafka terhadap kegilaan urus tadbir zaman 'moden (Kafka meninggal dunia tahun 1924) hingga 'tuhan' pun tidak sanggup menanggungnya. Ironi sekali, birokrasi itu dicipta sendiri, kemudian menjadi beban ke atas diri, dan diri menjadi hamba kepada birokrasi berkenaan. Sibuk meneliti data-data di dalam laporannya, Poseidon tidak sempat melawat laut jagaannya. Jupiter yang jauh dia sampai. Laut di mana dia berada, atau sepatutnya berada, ditangguhkan lawatan meninjau akar umbi hingga ke akhir zaman, kalau-kalau masih sempat selepas laporan terakhir selesai diaudit.
Ironi, kan?
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Baru-baru ini saya mengisi undangan PPIMI menyampaikan ceramah Israk Mikraj di Malaysia Hall Dublin.
Di dalam ceramah, saya mukadimahkan ia dengan persoalan bagaimana ilmuan silam berdepan cabaran mendokumentasikan riwayat-riwayat mengenai peristiwa besar ini. Ia untuk meningkatkan kesedaran kita semua agar peka dengan asas kita mengimani Islam. Saya bimbang apabila generasi hari ini kurang membaca, atau hanya membaca apa yang masing-masing MAHU dan bukannya apa yang kita PERLU, apatah lagi kita tidak tahu apa yang kita perlu, kita terdedah kepada keraguan-keraguan besar terhadap asas agama sendiri.
Jika kita berada di Mekah dan mendengar sendiri Nabi Muhammad ﷺ menceritakan kisah ini, adakah kita akan membenarkan kisah itu seperti yang Abu Bakr r.a. lakukan, atau kita menjadi kufur meninggalkan baginda? Nauzubillah.
Di era kita belajar ilmu secara patchy seperti hari ini, kita kehilangan struktur ilmu.
Tiba-tiba bertemu soalan sebesar adakah al-Quran yang dibaca hari ini berasaskan teks dan naskhah yang verified secara saintifik seperti yang sejarawan Revisionist timbulkan.
Penatkanlah diri dengan ilmu, agar kita damai mengimani Allah di era fitnah akhir zaman ini.
Di peringkat peribadi, semasa membuat persediaan ceramah, kali ini saya banyak memberi tumpuan membaca riwayat-riwayat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim tentang MIKRAJ. Perasaan jadi sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, sebab menelusi kisah MIKRAJ ini, kemanisan dunia hilang dan timbul rasa rindu yang bersangatan kepada Syurga. Mungkin saki baki umur di dunia sudah tidak banyak. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan himpunkan kita di Syurga-nya yang bak dataran tanpa pohon, lalu zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaha Illallah dan Allahu Akbar kita, menumbuhkan pohon-pohon rendangnya, sebagaimana yang Nabi Ibrahim a.s. minta Nabi Muhammad ﷺ sampaikan kepada kita.
Amin.
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Diskusi lanjutan program Sinergi Pintar di Cyberjaya tahun lalu. Kali ini perbincangan adalah mengenai 'thought suppression" dan mengapa ia sukar dilakukan oleh otak manusia. Bagaimana dapatan penyelidikan Profesor Wegner pada tahun 1987 dahulu, boleh dimanfaatkan dalam strategi keibubapaan dan menyokong pembelajaran anak kita?
Selepas belajar bidang learning sciences, antara perkara terawal dan segera saya cuba buat dalam keibubapaan ialah mengawal waktu tidur anak-anak. Musuh paling besar kepada usaha ini adalah skrin; telefon, tablet dan komputer.
Saya belajar betapa besarnya impak kualiti tidur.
Malam waktu berehat bukan semata-mata konsep. Tetapi tubuh badan manusia, gelap malam, cahaya matahari dan kandungannya, semuanya saling bekerjasama untuk benar-benar menjadikan tidur itu penting.
Anak-anak yang patuh dan tidur pada masa yang sepatutnya, terselamat daripada banyak masalah. Anak-anak yang melawan dan sentiasa mencari jalan untuk melanggar usaha ini terheret ke dalam pelbagai masalah.
Individu ADHD pula berdepan dengan cabaran tambahan untuk meregulasi tidur.
Semasa belum mendapat diagnosis, saya tidur dalam keadaan yang rumit di Finland. Pernah di satu subuh, apabila saya bangun tidur, saya dapati gigi geraham saya patah dua dan tergolek keluar dari mulut kerana saya tidur dalam keadaan geraham yang mengetat.
Selepas menggunakan mesin CPAP, masalah obstructive sleep apnea (OSA) saya terurus.
Bakinya, adalah isu ADHD.
Selepas menerima diagnosis dan memulakan pengambilan stimulant, saya mudah sedikit untuk lelap. Tetapi stimulant saya mempunyai kesan-kesan yang berbeza.
Kini, apabila saya mengambil Tyvense pada jam 8 pagi, saya dapat berfungsi dengan baik di siang hari, mula mengantuk pada jam 9 malam. Tetapi pukul berapa pun saya tidur, saya akan terjaga pada jam 4 pagi. Kadang-kadang berjaya sambung tidur semula, kadang-kadang terjaga sehingga subuh. Masih mencari jalan untuk mengatur tidur yang baik.
Aplikasi Pillow di iPhone dan Apple Watch membantu saya memantaunya. Data dari mesin CPAP baharu juga menyumbang.
Di hujung buku Sleep and ADHD oleh Hiscock, Harriet; Sciberras, Emma ini, penulis merumuskan perkara berikut:
“Children with clinical-level ADHD are at increased risk of a broad range of negative outcomes in adolescence and adult life (Mannuzza & Klein, 2000). These include academic underachievement and school dropout (Barbaresi, Katusic, Colligan, Weaver, & Jacobsen, 2007), depression and suicidal behaviour (Chronis-Tuscano et al., 2010), smoking, and substance abuse disorders (Nigg, 2013), antisocial personality disorder (Mannuzza et al., 1993), obesity (Cortese & Tessari, 2017), early parenthood (Østergaard, Dalsgaard, Faraone, Munk-Olsen, & Laursen, 2017) and poorer occupational functioning (de Graaf, Kessler, & Fayyad, 2008). It is important, however, to remember that individuals with ADHD often thrive and can lead highly successful lives, particularly with good support from their families and friends and professional assistance.”
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
Adakah mudah marah bermaksud seseorang itu ada ADHD? Pertanyaan ini diajukan oleh seorang sahabat kepada Dr Nurul Athira di Tiktok, dan saya diajak berkongsi pandangan sebagai seorang individu ADHD dewasa mengenainya.
Saya bukan doktor perubatan, atau neurosaintis, malah bukan datang daripada latar belakang pendidikan di bidang sains. Justeru, pandangan saya ini bukan pandangan pakar. Ia hanya pandangan seorang individu ADHD yang belajar untuk memahami apa yang berlaku kepada dirinya sendiri. Saya terbuka kepada pembetulan dan teguran.
Cuma tegurlah secara berempati dan sopan, jangan bagi saya jadi hijau ye 🧌. Di manakah marah itu semasa ia berlaku di dalam diri seseorang?
Ia amat kompleks. Umumnya, marah itu tertumpu di amygdala yang merupakan sebahagian daripada lymbic system otak kita. Ia memproses rasa takut, cetusan kemarahan dan merangsang kita bertindak.
Manakala individu ADHD, kebanyakan mereka mempunyai gangguan fungsi eksekutif dan ia berada di bahagian lain di otak iaitu pada pre frontal cortex mereka. Pre frontal cortex itu menjalankan fungsi-fungsi eksekutif, termasuk 'bercakap kepada diri sendiri' untuk menasihatkan emosi itu tadi agar kita tidak terdorong mengikutnya hingga menimbulkan kesan tidak baik.
Sebelum adanya kefahaman moden mengenai hal ini, apa yang diajukan oleh Nabi Muhammad ﷺ mengenai pengurusan marah sudah pun selari dengan dapatan saintifik masa kini mengenai marah. Semasa kita berpuasa, apabila kita menerima provokasi hingga mencetuskan marah, baginda berpesan agar jangan bertindak mengikut kemarahan tersebut. Sebaliknya, cukuplah dengan berkata, "sesungguhnya aku berpuasa."
Kata-kata "sesungguhnya aku berpuasa" itu tidak semestinya ungkapan yang kita ajukan kepada orang yang mencabar diri itu. Ia juga adalah kata-kata yang berkesan apabila kita ajukan ia kepada diri kita sendiri secara 'self talk'.
Apabila pre frontal cortex individu ADHD mengalami defisit, keupayaan ia menasihatkan jirannya yang sedang berperasaan itu, terjejas.
Justeru, apabila seseorang itu mengalami rasa marah yang bersangatan, menjejaskan kualiti hidup, mendatangkan pelbagai masalah dan mengheret kepada kegelisahan yang kronik atau kemurungan, dapatkanlah bantuan pakar untuk melakukan analisis.
Kepakaran mereka diperlukan untuk menentukan apakah punca marah itu, baik punca dalaman mahu pun punca luaran.
Individu ADHD lazim berdepan dengan kesukaran meregulasi emosi marahnya, baik di rumah, di tempat kerja, atau semasa bersosial. Kesukaran itu juga berlarutan semenjak zaman kanak-kanak, sehingga dewasa, sepanjang hayatnya.
Mudah marah tidak semestinya ada ADHD.
Ada ADHD, mudah marah mungkin sebahagian daripada cabaran yang dihadapinya.
Semoga perkongsian sederhana ini bermanfaat untuk kita bersama.
Salam ukhuwwah.
Hasrizal Abdul Jamil
ADHD.SAIFULISLAM.COM
Mengenang diskusi-diskusi mengenai ADHD semasa pulang ke Malaysia Disember 2022 yang lalu.
Jangan jadikan kebahagiaan sebagai matlamat akhir yang dikejar. Kebahagiaan akan hadir hasil kita melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan. Melaksanakannya dengan benar dan sesungguhnya.
Andai hati rasa gelisah, ambil ia sebagai 'alarm' memanggil kita pulang ke 'asal'.
Asal diri yang dekat dengan-Nya.
📌
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.
From the publisher's feed

195 Listeners