Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Kaedah Mengurangkan 'Campurtangan' Kerajaan di Sekolah

    Kenapa sekolah di Finland berbeza daripada sekolah di Malaysia? ย Ada macam-macam cara untuk jawab soalan ini. Tetapi kali ini saya ingin cuba menjawabnya dengan penerangan secara sosiologi.

    Secara sosiologinya, sekolah boleh berada di dalam satu daripada dua kategori (boleh ada pengkategorian yang lain juga). ย Sama ada sekolah itu berada di dalam kerangka FUNCTIONALISM, atau pun INTERACTIONISM.

    Baca artikel penuh mengenainya di https://saifulislam.com/2022/12/kaedah-mengurangkan-campurtangan-kerajaan-di-sekolah/

    6 min
  • Kehilangan al-Mizan: Pembela Jadi Penganiaya.

    Kita sukar mengikat apa-apa tindakan baik atau buruk kepada aliran, kelompok atau kaum tertentu. Sejarah memperlihatkan bagaimana sikap buruk boleh berpindah randah dari satu ideologi ke ideologi yang lain, dari satu paradigma yang asalnya bertujuan membela, bertukar menjadi paradigma yang hilang arah dan bertukar jadi penganiaya. Sebabnya, sama ada konservatif atau liberal, progresif atau tradisional, manusia adalah manusia.

    Apabila Allah menyebut kita sebagai umat terbaik, sifat yang menjadi asasnya adalah WASATIAH.

    Wasatiah bukan berdiri di atas pagar, duduk tengah-tengah tidak berpihak. Wasatiah, jika maksud literalnya merujuk kepada berada di tengah, tujuan berada di tengah itu adalah untuk mencari titik tepat yang menghasilkan keseimbangan.

    SEIMBANG itulah intipati wasatiah.

    Semasa menolak, jangan menolak sepenuhnya. Semasa menerima, jangan menelan hingga tidak tersisa.

    Al-Mizan, Allah cipta ia untuk seimbangkan alam, dan mengharmonikan kehidupan.ย 

    Sebelum al-Mizan muncul dalam timbangan muamalat, ekonomi, politik dan hal-hal besar kehidupan, mulakan al-mizan dalam akal yang berbudi, dan jiwa yang luhur ikhlas sebagai abdi kepada Ilahi.

    14 min
  • Kuasa Perkataan: Renungan Kisah Kecemburuan Aishah r.a. Terhadap Khadijah r.a.

    Aishah r.a bercerita:

    ย ย -ุนู† ุนุงุฆุดุฉ ุฃู… ุงู„ู…ุคู…ู†ูŠู†: ุฃู†ู‘ ุฑุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ๏ทบ ูƒุงู† ูŠููƒุซูุฑู ุฐููƒู’ุฑูŽ ุฎุฏูŠุฌุฉูŽ ูู‚ู„ู’ุชู ู…ุง ุฃูƒุซุฑูŽ ู…ุง ุชููƒุซูุฑู ู…ูู† ุฐููƒุฑู ุฎุฏูŠุฌุฉูŽ ูˆู‚ุฏ ุฃุฎู„ูŽู ุงู„ู„ู‡ู ุชุนุงู„ู‰ ู„ูƒ ู…ูู† ุนุฌูˆุฒู ุญู…ุฑุงุกู ุงู„ุดูู‘ุฏู’ู‚ูŽูŠู† ูˆู‚ุฏ ู‡ู„ูŽูƒูŽุชู’ ููŠ ุฏูŽู‡ู’ุฑู ูุบุถูุจ ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ู ๏ทบ ุบูŽุถูŽุจู‹ุง ู…ุง ุฑุฃูŠู’ุชูู‡ ุบุถูุจ ู…ูุซู„ูŽู‡ ู‚ุทูู‘ ูˆู‚ุงู„ ุฅู†ู‘ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุฑุฒูŽู‚ู‡ุง ู…ู†ูู‘ูŠ ู…ุง ู„ู… ูŠูŽุฑู’ุฒูู‚ู’ ุฃุญูŽุฏู‹ุง ู…ู†ูƒูู†ูŽู‘ ู‚ู„ู’ุชู ูŠุง ุฑุณูˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุงุนูู ุนู†ูู‘ูŠ ูˆุงู„ู„ู‡ู ู„ุง ุชุณู…ูŽุนูู†ูŠ ุฃุฐูƒูุฑู ุฎุฏูŠุฌุฉูŽ ุจุนุฏูŽ ู‡ุฐุง ุงู„ูŠูˆู…ู ุจุดูŠุกู ุชูƒุฑูŽู‡ูู‡ ย ย 

    Aishah Ummu al-Mu'minin r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah ๏ทบ sering menyebut-nyebut nama Khadijah. Lantas aku berkata, "mengapakah engkau banyak sungguh menyebut nama Khadijah, sedangkan Allah sudah pun menggantikan untukmu perempuan tua bergusi merah yang sudah pun mati?" Rasulullah ๏ทบ menjadi sangat marah dengan kemarahan yang aku tidak pernah lihat seumpamanya sebelum-sebelum ini. Baginda kemudiannya berkata, "sesungguhnya Allah telah merezekikan daku dengannya apa yang Allah tidak rezekikan kepada sesiapa jua dari kalangan kamu!" Kemudian aku berkata, "wahai Rasulullah, maafkan aku. Demi Allah aku tidak akan lagi mendengar aku setiap kali menyebut mengenai Khadijah selepas hari ini dengan apa-apa yang engkau tidak suka. [ูAl-Haithami 92/227]ย 

    Islam sangat jelas menekankan bahawa berhati-hati dalam berkata-kata.ย 

    Words matter. ย 

    Letih, marah, kecewa, PMS, walaupun normal untuk menjadi latar belakang isteri lepas cakap, ia tidak diizinkan oleh Rasulullah ๏ทบ untuk diterima sebagai perkara biasa. Lisan boleh membina, lisan berkuasa meruntuh. Kata-kata mampu menjadikan hidup yang miskin bahagia, hidup cukup segalanya jadi huru hara. Malah perkataan boleh memberatkan timbangan kebaikan menghantar manusia ke Syurga, perkataan juga menghantar manusia ke Neraka.

    Dengarlah sepenuhnya video ini untuk kita sama-sama meninjau, mengapakah kasih Rasulullah ๏ทบ begitu mendalam terhadap Khadijah r.a. ย 

    Dan, wajarkah bukan sekadar Aishah r.a. yang patut mencemburuinya? ย 

    Semoga Allah bantu kita memperbaiki diri dalam redha-Nya. Amin. ย 

    ARTIKEL PENUH BOLEH DIBACA DI https://saifulislam.com/2022/11/kuasa-perkataan-renungan-kisah-kecemburuan-aishah-r-a-kepada-khadijah-r-a/

    36 min
  • Gigi-gigi Anak Kunci Untuk Tadabbur al-Quran

    Mendampingi al-Quran adalah rezeki dan rahmat Allah. ย 

    Selain membacanya, kita juga dituntut melakukan TADABBUR. ย 

    Tadabbur datang daripada kata akar ุฏ ุจ ุฑ yang bermaksud hujung sesuatu. ย Tadabbur adalah proses untuk menyampaikan kita kepada hujung makna ayat-ayat ย al-Quran. ย 

    Selepas lebih seribu tahun kita hidup dengan al-Quran dengan jumlah ilmuan yang mengkaji, menafsir serta menghurainya, hujung al-Quran itu masih terbuka untuk kita meneruskan perjalanan sampai kepadanya. ย 

    Hujung itu bukan hujung yang menghadkan al-Quran. Ia adalah mukjizat, kalam Allah. Sebaliknya, hujung itu adalah hujung yang mengundang kita menyertai perjalanan. ย Perjalanan itulah yang penting untuk kita lakukan, sepanjang hayat. ย 

    Firman Allah:

    ย ย ุฃูŽููŽู„ูŽุง ูŠูŽุชูŽุฏูŽุจูŽู‘ุฑููˆู†ูŽ ูฑู„ู’ู‚ูุฑู’ุกูŽุงู†ูŽ ุฃูŽู…ู’ ุนูŽู„ูŽู‰ูฐ ู‚ูู„ููˆุจู ุฃูŽู‚ู’ููŽุงู„ูู‡ูŽุข ูขูค ย 

    "Mengapa mereka tidak melakukan tadabbur terhadap al-Quran? Atau apakah ada kunci yang yang mengunci ke atas hati mereka?" [Muhammad 47: 24]

    Tadabbur pula, bukan proses eksklusif untuk sarjana. Ia untuk semua.ย 

    Pertanyaan Allah di dalam surah Muhammad ayat ke-24 itu dituju kepada orang munafik. Tidak munasabah orang munafik bersalah kerana tidak bertadabbur, seandainya tadabbur itu memerlukan kesarjanaan yang mereka tidak miliki. ย 

    Namun, kita perlulah mencari keseimbangan antara amaran Rasulullah ๏ทบ agar kita tidak berpendapat sesuka hati mengenai al-Quran, dengan perintah Allah untuk kita tadabbur. ย 

    Apabila kita tiba kepada ayat-ayat yang mesejnya kompleks, membabitkan hukum hakam, yang memerlukan satu set ilmu yang hanya dimiliki oleh para ilmuan, fahamlah batasan diri dengan tidak cuba mengeluarkan hukum sendiri, tetapi rujuk kepada mereka yang ahli, dan sumber-sumber yang sejahtera. ย 

    Apa yang mengunci hati seseorang daripada bertadabbur, kunci itu disebut sebagai aqfฤl (ุฃู‚ูุงู„).ย 

    Ia berasal daripada perkataan ู‚ ู ู„ yang mempunyai konotasi sesuatu yang tersusun lagi berangkai, seperti gerombolan pedagang yang disebut qafilah. ย Untuk membuka kunci yang menghalang tadabbur, ia tidak berlaku dengan hanya menekan satu butang. Sebaliknya anak kunci itu perlu mempunyai gigi-gigi yang tepat, masuk satu demi satu, dan terbuka perlahan-lahan. ย ย 

    Bukalah kunci kejahilan dan mazmumah kita, dengan anak kunci yang tepat. ย ย 

    Caranya, teruskan agenda mempelajari al-Quran, sepanjang hayat.

    ๐Ÿ“Œ ย 

    Terima kasih kepada members halaman ini dan patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.ย 

    ย Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

    Paypal: https://paypal.hasrizal.com

    Revolut: https://revolut.me/hasrizal

    8 min
  • Hikmah Membawa Nama-Nya Dalam Kehidupan - Anekdot Badiuzzaman Said al-Nursi

    Mulakanlah sesuatu dengan Bismillah.

    (ูƒูู„ูู‘ ูƒูŽู„ูŽุงู…ู ุฃูŽูˆู’ ุฃูŽู…ู’ุฑู ุฐููŠ ุจูŽุงู„ู ู„ูŽุง ูŠููู’ุชูŽุญู ุจูุฐููƒู’ุฑู ุงู„ู„ู‡ู ููŽู‡ููˆูŽ ุฃูŽุจู’ุชูŽุฑู ( ุฃูŽูˆู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ : ุฃูŽู‚ู’ุทูŽุนู)

    "Setiap kalam atau urusan yang penting tetapi tidak dimulakan dengan mengingati Allah, maka ia gabuk, tidak berhasil lagi tergantung" [HR Ahmad ย : 8712]

    Terima kasih kepada sahabat Patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.

    Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

    Paypal: https://paypal.hasrizal.com

    Revolut: https://revolut.me/hasrizal

    6 min
  • Akibat Pendidikan Tidak Membangunkan Kepintaran Emosi Budak Lelaki | The Boy Crisis - Episod 4

    Episod 4: Kali ini kita mengulas implikasi pendidikan di sekolah yang tidak membangunkan kepintaran emosi ke atas masa hadapan murid lelaki. ย 

    Pekerjaan-pekerjaan yang lazimnya dilakukan dengan kemahiran tangan dan tenaga kerja lelaki di masa hadapan, banyak yang akan digantikan oleh teknologi. Namun, artificial intelligence tidak mampu menggantikan keupayaan tulen manusia dalam kepintaran emosinya. Pekerjaan yang memerlukan kepintaran emosi seperti perkhidmatan kesihatan, penjagaan sosial, kejururawatan, akan terus diperlukan malah akan dibayar tinggi bagi yang mampu melakukannya. ย 

    Apabila pendidikan di sekolah tidak memainkan peranan memupuk kepintaran emosi murid, pelajar perempuan menurut Dr Warren Farrell akan masih terus mengembangkan emosi mereka secara semulajadi melalui aktiviti sosial. Tetapi 'heroic intelligence' yang secara tradisinya menjadi 'aset' lelaki, dijangka sukar memposisikan murid lelaki di dalam dunia pekerjaan mereka di masa hadapan tanpa kepintaran emosi. ย 

    Menjaga emosi bukan melembikkan murid. Ia adalah mentaliti buli yang bukan sahaja menyalahi sains moden yang menyelidik aspek social-emotional learning sejak sekian lama, malah juga menyalahi pendekatan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam semasa mendidik generasi sahabat. ย 

    Lihat sahaja kisah Malik bin al-Huwairith r.a. di dalam Sahih al-Bukhari. ย 

    Apabila anak-anak muda itu hilang fokus kerana teringatkan keluarga, mereka tidak diejek atau diperlekeh oleh guru. Baginda mengiktiraf situasi berkenaan dan mengubahsuai aktiviti pembelajaran agar ia dipindahkan daripada sisi baginda, kepada amali di rumah. ย Dari manakah datangnya tanggapan bahawa emosi perlu ditekan, disorok, diabai, agar dengannya lahir 'lelaki tulen' yang hero? ย 

    Ikuti perbincangan mengenai hal ini di dalam sesi kedua mengupas episod keempat buku THE BOY CRISIS oleh Dr Warren Farrell, "The Crisis of Our Sons' Education". ย 

    Terima kasih kepada Patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya. ย 

    Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

    Paypal: https://paypal.hasrizal.com

    Revolut: https://revolut.me/hasrizal

    44 min
  • Krisis Pendidikan Anak-anak Lelaki Kita | The Boy Crisis - Episod 3

    ๐—ฆ๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜‚ ๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐—•๐—ผ๐˜† ๐—–๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐——๐—ฟ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป ๐—™๐—ฎ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฒ๐—น๐—น - ๐—–๐—ต๐—ฎ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฐ: ๐—ง๐—ต๐—ฒ ๐—–๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐˜€ ๐—ผ๐—ณ ๐—ข๐˜‚๐—ฟ ๐—ฆ๐—ผ๐—ป๐˜€โ€™ ๐—˜๐—ฑ๐˜‚๐—ฐ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป

    Kupasan saya mengenai cabaran-cabaran budak lelaki di dalam beberapa siri video sebelum ini bukanlah khayalan peribadi atau pendapat yang tidak berasas.

    Ia adalah siri membincangkan kandungan buku The Boy Crisis yang ditulis oleh Dr Warren Farrell.

    Jika anda mengikuti perkembangan tulisannya, anda mungkin tahu bahawa Warren Farrell adalah satu-satunya anggota lelaki di dalam New York City Board of the National Organisation for Women. Pembabitan beliau di tahun 1970an itu asalnya adalah untuk menyumbang kepakarannya di dalam psikologi, women's studies, sains politik, gender dan keibubapaan, pada memperbaiki hak asasi kaum wanita.

    Di kala itu, beliau terkenal dikecam sebagai lelaki yang anti lelaki.

    Dalam aktivisme dan penyelidikannya, Farrell mendapati dunia akademia di USA amat jarang menyertakan perpektif lelaki di dalam penyelidikan berkaitan jantina malah lebih cenderung untuk menggambarkan sisi lelaki secara negatif.

    Dekad ini, beliau aktif memainkan peranan untuk memperbaiki keperluan lelaki terutamanya di dalam rumahtangga, keluarga serta keibubapaan dan pendidikan kerana data-data besar hasil penyelidikan berdekad memperlihatkan krisis generasi lelaki yang membarah.

    Saya tidak berkecil hati dengan kecaman netizen menganggap wacana yang saya bawa ini sebagai mengarut, ustaz bodoh kerana wacana saya bukan untuk meraih persetujuan dan sokongan sesiapa. Saya berkongsi agar kita sama-sama dapat berfikir mengenai topik yang dibincangkan. Ia adalah usaha kecil saya untuk menyuarakan kebimbangan yang sama dibawa oleh Dr Farrell.

    Pada masa yang sama, saya berusaha untuk menyaring dapatan serta analisis beliau dengan pandangan alam Islam kerana kita memerlukannya.

    Sesi panjang sebegini mungkin membosankan khalayak. Namun, Insya-Allah di dalamnya ada butir diskusi yang bermanfaat. Jemput bersabar saya, kita telusi bersama topik kali ini. ย Anda boleh membantu menyokong saya pada mendapatkan bahan bacaan dan penyelidikan berterusan, serta kos langganan aplikasi untuk perkongsian seperti ini dengan melayari capaian berikut: ย 

    Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal

    Paypal: https://paypal.hasrizal.com
    Revolut: https://revolut.me/hasrizal

    1 hr 17 min
  • Dunia Sakit di Sebalik Kemarah Pelajar Lelaki di Kampus Kita | The Boy Crisis - Episod 2

    Ulasan Buku The Boy Crisis - oleh Dr Warren Farrell, PhD

    Kemerosotan jumlah pelajar lelaki di kampus kita tidak kelakar dan bukan bahan ketawa. Kita perlu menyoal mengapa ia berlaku, dan apakah akibatnya sekarang dan di masa akan datang? ย 

    Sistem pendidikan kita telah menggagalkan potensi murid lelaki kerana rekabentuk dan falsafahnya yang tidak mesra fitrah kanak-kanak lelaki; biologi mereka. ย Apabila pengalaman awal persekolahan dibelenggu kegilaan desakan menguasai membaca dan menulis seawal pra sekolah, mangsa utamanya adalah kanak-kanak lelaki. Semasa otak mereka belum sepenuhnya tumbuh sesuai untuk belajar mengungkai simbol dalam proses baca, mereka memulakan kembara bersekolah sebagai budak bodoh, sedangkan sistem yang menganiaya lagi menzalimi. ย 

    Tingkah laku kanak-kanak lelaki yang banyak berbentuk fizikal dan kasar, dilabel sebagai nakal. Apatah lagi jika ramai guru pra sekolah merupakan guru perempuan muda, belum ย beranak pinak dan kurang sabar dengan kerenah mereka. ย Akibatnya kelelakian kanak-kanak itu ditekan. ย Pengalaman awal bersekolah sudah tidak memotivasi.ย 

    Ia disusuli oleh kerangka pendidikan berorientasikan akademik, kurang vokasional dan hands on, waktu kelas jasmani dikurangkan, waktu rehat dikorbankan, semuanya menjadikan peluang kelelakian murid-murid lelaki hilang. Apatah lagi jika jumlah guru lelaki di sekolah turut berkrisis. ย 

    Di rumah pula, apabila perceraian meningkat, semakin ramai kanak-kanak dibesarkan oleh satu orang tua, biasanya ibu. ย Ketiadaan watak bapa, menjejaskan tumbesaran sense of purpose dalam diri kanak-kanak lelaki. ย 

    Ia juga turut diambil maklum sebagai latar belakang yang sering ditemui di kalangan anak muda yang terbabit dengan kegiatan keganasan. Kemarau 'tujuan hidup' kerana ย kemarau kebapaan, menjadikan mereka mudah terheret ke dakyah pengganas yang memberi mereka sebuah tujuan bermakna, walaupun ia bermaksud menghancurkan diri mereka sendiri. ย 

    Semasa kanak-kanak perempuan dan wanita dianiaya, gambarannya agak straightforward. Jelas. ย Maka solusinya ialah daripada tiada akses, kepada mengadakan akses. ย 

    Tetapi krisis kelelakian budak lelaki kompleks. ย Jika kita malas memerhati untuk memahami dan mencari solusi, mungkin kita akan berterusan menyabitkan fenomena itu kepada stereotaip lelaki bahawa mereka itu yang malas dan tidak serius dengan tanggungjawab dan kehidupan. ย 

    Apa yang kita semai itu yang kita tuai. ย Salah menyemai salahlah hasil menuai. ย Gagal semai, suburlah lalang dan kemuncup liar sepanjang perjalanan.

    12 min
  • Normalkah Zaman Remaja Kita Jauh Daripada Agama?

    "Remaja adalah peringkat umur yang biasa jauh daripada agama. Apa nasihat ustaz?"

    Soalan ini timbul semasa kelas dalam talian saya bersama anak murid di tanahair.

    Jauh atau dekatnya seseorang daripada agama tidak semata-mata berdasarkan penampilan luaran. Pakaian seragam sekolah, kehendak keluarga, adat sekeliling, boleh mendesak kita menampilkan diri dengan imej golongan yang dekat dengan agama. Sayangnya, ia menjadi seperti bulan. Indah dipandang dari jauh, tetapi semakin kita dekati, semakin berlubang di sana sini. Imej beragama tidak dapat menghilangkan hanyir akhlak yang keji.

    Alam remaja adalah alam kita banyak membuat perhitungan yang salah. Bukan salah kita pun. Frontal lobe di otak yang menjadikan kita manusia itu pun belum siap sepenuhnya. Banyak blindspot dalam hidup.

    Namun, di sisi Pencipta kita, lain kisahnya. Biar pun masih remaja, kita sudah mukallaf. Sudah bertanggungjawab ke atas perbuatan sendiri.

    Hakikatnya, remaja sudah mampu bertanggungjawab. Perlu bertanggungjawab dengan pilihan-pilihan sendiri. Tetapi, hadkan bebanan itu sekadar pada pada hal yang perlu; persekolahan, persahabatan, dan mengurus kewangan diri. Kurangkan risiko terpaksa berfikir benda yang kita belum mampu akibat merepek dalam kehidupan.

    Ada dua bekal yang menyelamatkan remaja; agama dan ibu bapa. Jika hendak nakal sekali pun, jangan sampai membuang kedua-duanya.

    Jika buang agama, ibu bapa mendoakan hidayah tanpa putus asa agar kembali kepada agama. Jika buang ibu bapa, agama pula berulang kali mengingatkan kita kembali berihsan dengan ibu bapa, dan bersabar dengan kekurangan mereka. Jika agama dibuang, ibu bapa juga dibuang, mungkin barulah benar-benar seseorang itu menjadi jauh daripada agama. Ia membinasakan. Walaupun ia sudah lumrah, jangan sesekali diterima sebagai kebiasaan. Ia petaka akhir zaman.

    Petikan Halaqah al-Muta'allimin pelajar Khalifah Model School (Secondary)

    8 min
  • Perginya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi Meninggalkan Kita 26 September 2022

    Perginya Sheikh Yusuf al-Qaradhawi meninggalkan kita, hari ini, di Qatar, pada usia 96 tahun.

    ย ย ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

    ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ู‚ูุชูŽูŠู’ุจูŽุฉู ุจู’ู†ู ุณูŽุนููŠุฏูุŒ ุญูŽุฏูŽู‘ุซูŽู†ูŽุง ุฌูŽุฑููŠุฑูŒุŒ ุนูŽู†ู’ ู‡ูุดูŽุงู…ู ุจู’ู†ู ุนูุฑู’ูˆูŽุฉูŽุŒ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ูุŒ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุนูŽุจู’ุฏูŽุŒ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุจู’ู†ูŽ ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุนูŽุงุตู ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูŠูŽู‚ููˆู„ู โ€ "โ€ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ู„ุงูŽ ูŠูŽู‚ู’ุจูุถู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ูŽ ุงู†ู’ุชูุฒูŽุงุนู‹ุง ูŠูŽู†ู’ุชูŽุฒูุนูู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ูˆูŽู„ูŽูƒูู†ู’ ูŠูŽู‚ู’ุจูุถู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ูŽ ุจูู‚ูŽุจู’ุถู ุงู„ู’ุนูู„ูŽู…ูŽุงุกู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ุฅูุฐูŽุง ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุชู’ุฑููƒู’ ุนูŽุงู„ูู…ู‹ุง ุงุชูŽู‘ุฎูŽุฐูŽ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ุฑูุกููˆุณู‹ุง ุฌูู‡ูŽู‘ุงู„ุงู‹ ููŽุณูุฆูู„ููˆุง ููŽุฃูŽูู’ุชูŽูˆู’ุง ุจูุบูŽูŠู’ุฑู ุนูู„ู’ู…ู ููŽุถูŽู„ูู‘ูˆุง ูˆูŽุฃูŽุถูŽู„ูู‘ูˆุง โ€"โ€ โ€.โ€ ย 

    'Abdullah b. 'Amr b. al-'As menceritarakan bahawa Rasulullah ๏ทบ) telah bersabda: ย Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merentapnya daripada manusia. Tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama. Lantas apabila tiada lagi orang berilmu yang tinggal, orang ramai akan mengambil orang-orang yang angkuh lagi jahil sebagai pemimpin, meminta pendapat mereka, dan pemimpin itu berpendapat tanpa ilmu hingga tersesatlah mereka lagi menyesatkan orang ramai. [HR Muslim 2673]

    Malangnya kita ditinggalkan ilmuan seperti Sheikh Yusuf al-Qaradhawi. ย 

    Semoga pemergian ini menjadi kerehatan buat Sheikh. Dan semoga kami dapat terus beragama di akhir zaman ini dengan baik, biar pun perit seperti menggenggam bara api di tangan. ย 

    Selamat berkelana, duhai guruku dan guru umat ini.ย 

    Sesungguhnya kami juga akan menyusulimu.

    15 min

About Hasrizal

From the publisher's feed

PODCAST.HASRIZAL.COM

More shows like Hasrizal

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

195 Listeners