Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Hati Yang Sejahtera, Berdamai Dengan-Nya

    Sebelum al-Quran diwahyukan buat pertama kalinya kepada Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam di bulan Ramadan, Baginda terlebih dahulu meluangkan masa beberapa tahun bertahannuth di gua Hira'. Bertahannuth itu dalam erti kata menjernihkan jiwa untuk berfikir dan merenung, memisahkan diri daripada pengaruh persekitaran dalam menaakul kehidupan sebelum benar-benar bersedia menerima wahyu.  Kejernihan jiwa itu membolehkan Baginda menyingkap makna-makna yang terkandung di dalam wahyu Allah agar lahirnya pedoman, teladan, dan bimbingan daripada baginda kepada umat manusia seluruhnya.

    Di bulan Ramadan ini, selain fokus kita kepada membaca al-Quran sebanyak mungkin, dapatkanlah ruang untuk bersunyi-sunyian, melapangkan fikiran daripada terlalu dipengaruhi oleh apa yang sistem, kebiasaan, adat, dan budaya kehendaki dalam mempercayai sesuatu. Supaya akhirnya keimanan dan keyakinan kita kepada Allah adalah tulus sebenar-sebenarnya antara kita dan Dia.

    17 min
  • Kepentingan Sejarah Dalam Mengukuhkan Pembinaan Kehidupan Semasa

    Audio ini adalah rakaman pengenalan kepada satu program yang diusahakan oleh Moocmeen.com untuk pembelajaran atas talian secara percuma pada tahun 2015. Malangnya usaha berkenaan tidak dapat diteruskan disebabkan oleh pelbagai kekangan. Namun video ini terkandung di dalamnya beberapa saranan yang penting, mengapa sejarah merupakan satu disiplin penting untuk kita 'troubleshoot' pengalaman manusia.  Semoga bermanfaat

    6 min
  • Mencermati Bahasa Dalam Mengungkapkan Ilmu dan Agama

    Apabila Sheikh Yusuf al-Qaradhawi menyenaraikan bahasa sebagai satu daripada enam kategori ilmu, ia bermaksud menjadikan pendakwah dan kita sebagai umat Islam keseluruhannya, peka terhadap fungsi bahasa dalam mengungkapkan makna, pemikiran dan jati diri.

    38 min
  • Adab di Antara Orang Mengajar dan Belajar Menurut Imam Birgivi

    Petikan nasihat Imam Birgivi (m. 1573M) di dalam al-Tariqah al-Muhammadiyyah berkenaan adab murid dengan guru, orang jahil dengan orang alim. 

    Padi muda jangan dilurut

    Kalau dilurut pecah batang
    Hati muda jangan diturut
    Kalau diturut salah datang 

    Cuaca gelap semakin redup

    Masakan boleh kembali terang
    Budi bahasa amalan hidup
    Barulah kekal dihormati orang

    Bergaul mesra dengan anak murid tidak menjadi sebab untuk anak murid bertindak tidak sopan, bagai kaduk naik junjung, seandainya adab-adab yang menimbulkan rasa kasih sayang dan hormat dipupuk pada kedua-dua arah guru ke murid dan murid ke guru.

    6 min
  • Usaha Islah Akhirnya Perlu Pergi ke Jalan Pendidikan

    Di dalam sejarah, ramai tokoh yang berusaha mengislah masyarakat memilih jalan pendidikan. Apabila syirik, bid'ah dan khurafat hendak dibanteras, ia memerlukan kepada penambah baikan bukan hanya pada persekitaran, tetapi perlu mengubah 'dalaman' manusia membabitkan cara berfikir, sistem nilai, kaedah percaya, yang semua ini memerlukan kepada pendekatan sistemik yang teratur. Kita boleh melihat contoh daripada tokoh-tokoh seperti Umar bin Abdul Aziz, demikian juga Muhammad Abduh, Buya HAMKA dan Sayyid Sheikh al-Hadi di tanah air ini.  Pendidikan adalah jalan islah.  Petikan Workshop on Islamic Pedagogy 2016 (WIPE2016) anjuran Yayasan Pendidikan Khalifah.

    7 min

About Hasrizal

From the publisher's feed

PODCAST.HASRIZAL.COM

More shows like Hasrizal

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

195 Listeners