Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Anak Umur 6 Tahun Belum Boleh Membaca?

    Antara soalan paling kerap diajukan kepada saya adalah kekhuatiran ibu bapa apabila anak belum boleh membaca sedangkan masa semakin hampir untuk memulakan persekolahan formal di Tahun 1. Apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kegusaran tersebut dan bagaimanakah anak boleh dibantu? Jom berkongsi pandangan melalui diskusi ini.

    8 min
  • Khullah: Antara Cinta Ibrahim Kepada Allah dan Anaknya Ismail

    Kisah Ibrahim dan Ibadah Korban menginsafkan kita tentang keutamaan hidup ini. Mengungkapkan kesaksian bahawa “AKU BERIMAN DENGAN ALLAH” malah “AKU MENCINTAI ALLAH” bukan kesaksian sebarangan.  Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya?  Iman membuahkan cinta.  Cinta membentuk nilai dan keutamaan.  Keutamaan menentukan pengorbanan.  Dalam sebuah hidup bernama PERJUANGAN.  Salam Aidiladha!  Hasrizal Naas, IE.

    8 min
  • Maklum Balas Fynn Jamal Dan Saranan Budaya Ilmu

    Pertanyaan saya mendapat maklum balas daripada Fynn Jamal.

     Isu ini bukanlah perihal siapa betul siapa salah dan mahu berpihak kepada yang mana. Ia adalah ujian ke atas kita sebagai umat Islam yang agamanya dibina di atas asas ilmu.

    Kekeliruan yang terjadi adalah sistemik. Kesan kegagalan memahami macam mana ilmu dalam agama berfungsi, bagaimana sesuatu hukum diputuskan dan bagaimana ia disampaikan kepada masyarakat.

    Umat Islam tidak rugi jika ramai yang patah hati hendak berdakwah lalu mengundurkan diri. Dakwah hari ini menjadi musuh kepada proses belajar. Belum cukup belajar, tidak sabar-sabar hendak berdakwah.  Akibatnya musibah. 

    Al-Imam al-Bukhari di dalam hal Ilmu, memperuntukkan satu bab khusus bertajuk باب العلم قبل القول والعمل iaitu BAB ILMU SEBELUM BERBICARA DAN BERAMAL. Sesiapa yang suka hendak berdakwah, mesti mampu mencari di mana bab itu di dalam karya al-Bukhari dan mampu membaca apa yang diriwayatkan serta dibincangkan di situ.

    Instagram, Facebook dan Twitter menggoda kita untuk berkata-kata semasa belajar baru sedikit. Belum sembuh kejahilan dan kebodohan diri, sudah tidak sabar mahu memandaikan orang lain.  Anak muda yang mengaji agama juga habis sahaja belajar, malah ada yang belum habis belajar, sudah menjebakkan diri di dalam dunia dakwah, menjadi tokoh muda, menjadi 'influencer' dan 'content creator' semasa baru berilmu tetapi belum sempat berbijaksana.

    Jika ingin berpahala, gunakanlah jalan kerja-kerja kebajikan kerana membantu golongan yang memerlukan jarang sekali salah. Ia bermanfaat, dan impaknya besar kepada yang dibantu.  Jangan cari pahala melalui aktiviti berdakwah secara bercakap, berceramah dan menulis kerana sangat banyak dosa, fitnah, dan kehancuran, andai dakwah itu mengatasi bekalan ilmu.

    Gunakan hadith 'sampaikan daripadaku walaupun satu ayat' untuk suami berdakwah kepada isteri, isteri kepada suami, ibu bapa kepada anak-anak, dan mungkin serba sedikit sesama kenalan ketika minum teh bersama. Haramkan diri daripada berbekalkan hadith itu untuk berdakwah kepada masyarakat.

    Tiada siapa yang rugi andai pendakwah berhenti berdakwah demi menambah ilmu.

    Ramai yang rugi apabila penuntut ilmu berhenti menuntut ilmu kerana tergesa-gesa hendak berdakwah.

    Jangan jadikan viraliti satu bentuk sembahan moden.

    1 hr 2 min
  • Debat Fynn Jamal Dan Caprice: Sebaiknya...

    Podcast ini adalah ulasan ringkas merujuk kisah perdebatan antara Fynn Jamal dan Caprice mengenai jenayah kes rogol.  Banyak nasihat yang Fynn Jamal kongsikan itu bagus dan perlu diberi perhatian bagi penambahbaikan diri kita semua.  Bahagian yang perlu diperbaiki ialah korelasi antara gagal mengamalkannya secara sempurna, dengan terjadinya jenayah rogol. Ia dibelenggu pelbagai falasi dalam berbahas. Ada slippery slope, post hoc ergo propter hoc, hasty generalisation hingga berputar-putar menjadi circular argument.

    Kecacatan proses mantiq dalam mengulas hukum. 

    Saya sendiri, walaupun berkelulusan bidang Syariah untuk sarjana muda, saya tidak fikir saya ahli untuk berbicara mengenai aplikasi hukum jenayah rogol itu sendiri. Namun, ilmu yang serba sedikit pernah dipelajari cukuplah untuk menyuluh saya di mana daerah yang saya tahu dan mana yang saya kena belajar lagi.

    Panduan di media sosial ialah: yang arif bukan yang viral. Yang arif adalah yang ahli. Cari ahli berkenaan, bukan rujuk sesiapa yang viral, termasuk saya sendiri.

    Sebab itu vlog berkenaan bukan bermaksud mengupas hal hukum hakam Fiqh Islam. Ia hanya tazkirah untuk kita menjauhkan diri daripada menzalimi agama kita sendiri tanpa sedar dek kegagalan kita bergerak hanya di bawah sinar lampu yang terbatas semasa dunia pengetahuan kita masih malam.

    Kegelapan malam akan dicerahkan oleh matahari.

    Tetapi kegelapan akal fikiran kita hanya boleh disingkap setapak demi setapak dengan ilmu.

    Bahagian yang masih gelap, jangan redah tanpa cahaya.  Netizens juga perlu mengekang lidah daripada mengumpat dan memburukkan sesama kita. Hakikatnya kita semua masih jahil dan perlu sibukkan diri dengan ilmu, bukan dengan isu.

    Ilmu itu cahaya.

    Isu hanya membuang masa.

    Amal kebajikan sentiasa berguna.

    8 min
  • Kesediaan Mendengar: Pra Syarat Mendapat Petunjuk Allah

    Kesediaan mendengar dan kemahiran mengenainya boleh menjadi pembuka jalan untuk seorang yang berada di luar daerah kepercayaan masuk ke daerah iman.

    Tanpanya pula, ia boleh menyebabkan seseorang itu walaupun sudah beriman, meraba-raba di dalam kegelapan kerana enggan mendengar lalu terhalang daripada mendapat petunjuk Allah. Siapakah yang dapat menunjuk jalan orang yang terhalang daripada mendapat petunjuk-Nya?  Sebab itu hal ini amat penting. 

    Di dalam surah al-Zumar ayat 18, Allah SWT menyebut:


      الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ - 39:18 

    "Iaitu mereka yang berusaha mendengar perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah golongan Ulu al-Albab."

    Perhatian perlu diberikan kepada konotasi perkataan يستمعون yang digunakan oleh Allah. Terjemahan menyebutnya sebagai mendengar. Namun ia bukan dengar sebarang dengar. Jika di dalam bahasa Inggeris pun ada perbezaan antara hear dan listen, di dalam bahasa Arab, apabila kata akar سمع dikembangkan menggunakan acuan (wazan) يفتعل hingga menjadi يستمع atau يستمعون maka makna asal telah berkembang menjadi dua konotasi baharu, iaitu:

    1. Al-Musyarakah: Iaitu saling mendengar, berkongsi dengar, saya dengar pendapat awak, awak dengar pendapat saya. 

    2. Al-Muthāwa'ah: iaitu keserasian; yakni mendengar dengan hati yang terbuka, benar-benar untuk memahami, dan bukannya sambil mendengar, fikiran sibuk mencari hujah untuk membidas, atau membiarkan 'pre-conceived idea' mengenai sesuatu atau seseorang menyebabkan kita bias semasa mendengar. 

    Hanya dengan memenuhi ciri-ciri ini semasa mendengar, kita terbuka jalan untuk mendapat petunjuk daripada Allah.

    Mereka ini jugalah yang disebut sebagai Ulu al-Albab. Ulu bermaksud yang memiliki. Manakala al-Albab (الألباب) itu adalah kata jamak kepada Lubb (لبّ) yang bermaksud isi atau intipati. Ulu al-Albab adalah orang yang dapat isi, bukannya sekadar kulit (face value), atau orang yang 'get the point'.

    11 min
  • Kasih Tanpa Syarat: Keeratan Emosi Antara Ibu Bapa dan Anak Asas Keluarga

    Hanya ibu bapa yang mampu menyayangi seorang anak tanpa syarat. Menyayanginya semasa anak itu comel, dan kanak-kanak, patuh dan taat. Menyayanginya semasa anak itu sudah bukan lagi kanak-kanak dan ketika membuat kesilapan dan kesalahan. Ketika dunia menghukum si anak yang memusnahkannya, atau memuji si anak dengan pujian yang menyesatkannya, ibu bapa dengan cinta tanpa syarat itu, boleh terus meneruskan menjadikan rumah, sebagai jalan pulang.  Orang yang bercinta suka disuruh.  Jika anak-anak meyakini yang ibu bapa sayangkan mereka, ketika itu mereka lebih bersedia untuk mendengar, disuruh, malah didisiplinkan. Namun, amat sukar untuk mengekalkan keeratan emosi antara ibu bapa dan anak-anak terutamanya semasa ibu bapa semakin menghukum, dan anak semakin remaja lagi memberontak.  Tidak rugi bersusah payah untuk mendidik anak-anak.  Susah dan payah, sebab kita bukan mahu melakukannya mengikut amarah dan cara sendiri, tetapi mahu melakukannya dengan cara yang betul, yang kita belajar daripada para anbiya' dan orang yang baik-baik, daripada Syariatullah, dan Sunnatullah.  Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. 

    19 min

About Hasrizal

From the publisher's feed

PODCAST.HASRIZAL.COM

More shows like Hasrizal

The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

The Thinking Muslim

195 Listeners