Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Tulis Apa Yang Orang Suka Atau Apa Yang Orang Tidak Suka?

    Adakah kita patut menulis sesuatu yang orang suka atau menulis sesuatu yang berisiko menjadikan orang marah dengan tulisan berkenaan?  Jika kita menulis sesuatu yang orang tidak suka, mana mungkin apa yang kita tulis diterima, atau dibeli?  Tetapi jika kita menulis sesuatu berdasarkan apa yang orang suka, semata-mata, ia berisiko menjadikan kita kehilangan integriti di dalam penulisan. Solusinya? Ikuti perkongsian ringkas ini.

    4 min
  • Salah Laku Pelajar: Selesaikan Atau Sebarkan?

    Salah laku pelajar, jika kita jumpa, kita selesaikan atau sebarkan? Isu ini timbul semasa saya melawat sebuah sekolah di Vantaa Finland bila mana saya ajukan soalan mengenai SOP sekolah mengendalikan masalah disiplin murid.  Guru berkenaan memberikan jawapan yang membuka mata saya untuk melihat betapa reaksi simple yang ‘memang sepatutnya begitu’ itu mempunyai kesan besar kepada kebaikan dan keburukan hidup, bukan sahaja di sekolah, malah bagi masyarakat seluruhnya.  Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam sendiri berpesan jika terlihat kemungkaran, langkah itu bukannya 'mencegah' ia, tetapi MENGUBAHNYA. Ertinya, reaksi kita mestilah mempunyai kualiti yang boleh mengubah, menukar keburukan dan kesalahan menjadi kebaikan. Justeru jangan sewenang-wenangnya memberi alasan mahu mencegah kemungkaran atau membela kebenaran, semasa melakukan pembulian siber dan menyerang sesiapa. Apatah lagi jika subjeknya adalah anak murid kita sendiri.

    7 min
  • Jangan Bunuh Pertanyaan Itu

    Pertanyaan jangan mudah diketepikan. Ia hendaklah disantuni. Kegagalan menyantuni pertanyaan, menggunakan hujah 'agama' untuk menutup mulut orang yang bertanya mencari jawapan, adalah perbuatan membunuh soalan. Perbuatan membunuh soalan akan memberanakkan lebih banyak soalan. Ia boleh mengheret manusia kepada kebinasaan.

    11 min
  • Al-Quran Menyegarkan Jiwa dan Akal Fikiran

    Selepas Perhimpunan Musim Sejuk 2020 akhir Disember lalu, saya diajukan beberapa soalan tambahan pasca tamat program. Berikut adalah soalan-soalan berkenaan, yang saya kongsi reaksi di dalam vlog kali ini:

    1. Salam ustaz, what lessons can we derive from Ibrahim PBUH in the way he asked his existential questions? Will everyone always arrive at his conclusions?
    2. Apa makna Qur'an mudah difahami, sedangkan untuk benar-benar memahami Qur'an kita perlu ilmu yang tinggi dengan pengetahuan sirah
    3. Assalamualaikum. Selepas surah Al Alaq, adakah Rasulullah kekal tidak boleh membaca / menulis sehingga kewafatan Baginda?jika benar, apakah hikmah di sebaliknya?
    4. Ustaz, apakah cadangan bahan bacaan untuk memahami tafsiran Quran?
    5. Salam ustaz, bagaimana nak kuasai Al Quran dan Sains secari serentak?
    6. Salam ustaz, apa nama buku yg kupaskan bahasa Quran yg ustaz cakap tadi? Menarik buku tu. Terima kasih.
    7. Salam ustaz, are there any questions that we should avoid asking ourselves in light of finding the right path?
    8. Semoga bermanfaat.

      1 hr 18 min
    9. Ke Mana Hilangnya Cinta Kepada Membaca

      Diskusi bersama saudara Muhammad Nasrullah mewakili Majlis Perundingan Mahasiswa Malaysia Mesir - MP3M, membincangkan tentang budaya membaca masyarakat kita dan bagaimana mahasiswa serta mahasisiwi menggarapnya.

      1 hr 19 min
    10. English, Ustaz! English!

      Di dalam travelog Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu saya kongsikan sedikit pengalaman saya berbahasa Inggeris semasa mula bertugas di Ireland Utara. Sudahlah baru berhijrah dari ‘Dunia Arab’ ke ‘Dunia Inggeris’, dicabar lagi pula dengan loghat Ireland Utara yang ya Allah Tuhan sahajalah yang tahu.  Tetapi bahasa adalah bahasa, alat komunikasi. Ia bukan ukuran intelek atau kelebihan dan kekurangan seseorang. Bahasa juga tiada jalan lain untuk memperbaikinya kecuali dengan menggunakannya. Berani tidak sempurna, berani silap, dan berani membetulkan apa yang kurang. Tetapi ia memerlukan persekitaran yang baik. Jika kita dikelilingi individu yang suka mentertawakan orang yang salah dan silap dalam berbahasa, keadaan menjadi sukar.

      6 min
    11. Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat: Boleh Pilih Ke?

      Ilmu dunia dan ilmu akhirat tidak pernah berpisah. Dua-dua datang daripada Allah. Dunia adalah jambatan akhirat. Kita berjalan dan bukan terbang menuju akhirat. Justeru jambatan itulah cara kita sampai kepada destinasinya. Tiada akhirat tanpa dunia yang diatur mengikut aturannya sebagaimana yang Penciptanya tentukan.

      Akibat pemisahan ilmu dunia vs ilmu akhirat, kita menjadi reductionist. Melihat sesuatu secara sempit hingga menyangka sama ada dunia boleh berdiri tanpa akhirat, atau pun menyangka akhirat boleh dituju dengan meminggirkan dunia.

      Sekular kerana menolak 'agama'.

      Sekular kerana menolak 'sains'.

      Syariatullah dan sunnatullah yang kedua-duanya daripada Allah.

      #ertiberagamayanghilang

      10 min

    About Hasrizal

    From the publisher's feed

    PODCAST.HASRIZAL.COM

    More shows like Hasrizal

    The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

    The Thinking Muslim

    195 Listeners