
Sign up to save your podcasts
Or


Keadaan ini diburukkan lagi dengan penggunaan media sosial tanpa had.
Ibu bapa kepada anak remaja, kuatkanlah semangat dan carilah kekuataan untuk menguruskan anak tatkala mereka terjebak dalam situasi sebegini. Nasihat kita mungkin dianggap musuh kerana mengganggu persahabatan mereka, walaupun mereka sedang saling menuju ke lembah masalah.
Berhati-hatilah dalam memberi kebenaran kepada penggunaan telefon pintar dan media sosial. Ia mungkin keputusan yang paling anda kesali di kemudian hari.
Semoga Allah melimpahkan petunjuk dan kekuatan untuk kita mendidik anak-anak remaja di akhir zaman ini.
Apabila Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar radiallahu 'anhuma: ayuh kita melawat Ummu Aiman. Bila mana mereka berdua menziarahinya dan memaklumkan berita sedih itu, Ummu Aiman menangis. Abu Bakar dan Umar berkata kepadanya: apakah yang menyebabkan engkau menangis? Tidakkah engkau maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam? Ummu Aiman menjawab kepada mereka berdua: sesungguhnya aku demi Allah maklum bahawa segala yang di sisi Allah itu adalah lebih baik untuk Rasulullah sallallāh 'alayhi wa sallam, dan aku bukan menangis kerana itu. Akan tetapi aku menangis kerana (dengan pemergian baginda) wahyu dari langit sesungguhnya telah terputus buat selama-lamanya. (Petikan Al-Bidayah wa al-Nihayah 5: 273 - 275)
Tidak kiralah apa jua masalah yang kita hadapi, tiada lagi wahyu yang akan hadir menjawab secara langsung. Apa yang ada hanyalah dua bekalan, yang Nabi Muhammad sallallāh 'alayhi wa sallam janjikan bahawa selagi kita berpegang dengannya, kita tidak akan tersesat. Kitab Allah (Al-Quran), dan Sunnah Nabi sallallāh 'alayhi wa sallam. Sesibuk mana pun kita, peruntukkanlah masa dan usaha untuk berdamping dengan al-Quran, dan sunnah baginda, mempelajari, berusaha memahami, dan konsisten mengamalkannya. Moga ia menjadi agenda penghias tahun 2021 kita, walau apa jua ujian yang sedang dan bakal melanda.
Tinggal di negara ‘asing’ yang Muslim adalah kaum minoriti, memberi cabaran unik yang mungkin kurang difahami oleh mereka yang tidak mengamalkannya. Berkaitan dengan solat, bagaimanakah ia boleh dilaksanakan oleh kita, dan anak-anak kita, dalam suasana asing seperti ini? Jom kita bersembang mengenainya, bersama kenangan bersolat Jumaat di London bersama al-Marhum Dr Abdul Aziz Hanafi, seputar firman Allah:
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ
"Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu.." (Al-Taghabun, Ayat 16)
Ulasan Buku Teacher & Child oleh Dr Haim Ginott:
ACCEPTANCE AND ACKNOWLEDGMENT
Teachers are told that children need understanding and acceptance. What they are not told is how to convey it under difficult classroom conditions. Communicating acceptance and understanding is a complex art with a unique language. Here are some guidelines:
In communicating with children there is a crucial difference between critical and uncritical messages. In making demands on children an uncritical message invites cooperation, a critical one engenders resistance. Examples:
A child interrupts his teacher.
TEACHER A: I Would like to finish my statement.
TEACHER B: You are very rude. You are interrupting.
Two boys are conversing while homework is being assigned.
TEACHER A: I am assigning homework now. It needs to be written down.
TEACHER B: Don't you have anything better to do than to talk? Why don't you start writing this down?
Scene: Monday morning. Class is in disorder. Children walk around, talking noisily.
TEACHER A: I Would like to begin.
TEACHER B: Stop the noise. Sit down. All of you. The weekend is over. This is not a discotheque.
A boy answers a teacher's questions without raising his hand or waiting his turn.
TEACHER A: I Would like to hear answers from many children.
TEACHER B: Who gave you permission to talk? You are not the only one in the class. Stop monopolizing the discussion. It's rude and unfair.
Do we want to be Teacher A or Teacher B? Which one our students deserve?
Saya memilih untuk tidak berkongsi pandangan dalam bentuk penulisan kerana tidak mahu ia dipetik secara salah di luar konteks. Selepas dihubungi beberapa pihak yang meminta saya mengemukakan pandangan mengenai ‘confession’ seorang ibu di halaman IIUM Confession mengenai masalah anaknya yang suic****, saya kongsikan pandangan saya melalui video ini. Pada minit ke 18:52 saya ingin menyebut bahawa tindakan membun** diri adalah ‘permanent reaction kepada temporary *problem, dan bukannya temporary solution seperti yang saya sebut. Maaf atas kesilapan pertuturan. Artikel asal ibu berkenaan boleh dibaca di https://iiumc.com/945am11262020/ Ia bukan pandangan professional. Saya hanya seorang bapa, dan guru, berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan serba sedikit ilmu pengetahuan yang ada. Jika anda, atau insan tersayang dikenal pasti berada di dalam risiko dan memerlukan bantuan, segera dapatkan bantuan daripada pihak profesional. Antaranya adalah befrienders.org.my di talian 03-76272929 [24 hours] atau emel [email protected]
Assalamualaikum dan hello sahabat semua. Apabila saya tanya anak soalan-soalan selepas pulang dari sekolah, saya bukan menyibuk. Sembang itu bagus. Tetapi sembang dengan beberapa strategi berasaskan sains pembelajaran akan memaksimumkan manfaatnya. Apabila saya tanya anak kawan-kawan hari ini makan apa, siapa yang hadir siapa yang tidak hadir, saya sedang cuba menanam soalan-soalan yang mendorong anak lebih peka dengan persekitarannya, selepas terkesan dengan toksik skrin (telefon bimbit) yang menyempitkan fokus hingga tidak peduli apa yang berlaku di kelilingnya. Ikuti perkongsian kali ini, terima kasih.
Sains memberitahu kita bahawa gagak adalah burung yang sangat bijak. Pintar dalam 'problem solving' dan cermat memerhati sekelilingnya. Allah telah menghadirkan gagak untuk 'mengajar' anak Adam alayhi al-salam yang telah membunuh adik beradiknya sendiri, bagaimana jenazah tersebut patut diurus. Nabi sallallāh 'alayhi wa sallam berpesan agar kita mengikut teladan anak Adam yang baik itu, terutamanya di zaman fitnah. Jemput mendengar perkongsian ini, untuk beberapa peringatan, moga ia bermanfaat buat kita bersama, hamba-hamba-Nya yang mukmin.
Hidup yang tidak diuji, tidak bererti.
Itu kata Socrates.
Menyingkap makna di sebalik ujian, memandu kita mengenal hikmah.
Allah SWT menyebut di dalam al-Quran:
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ
Dia lah yang telah menjadikan mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (Al-Mulk 67: 2)
Hidup ujian.
Mati pun ujian.
Bukan sekadar cakap kosong. Tetapi sesuatu yang memerlukan upaya menyingkapnya. Jika datang kesusahan, apa yang Allah mahu kita belajar? Jika duji dengan kesenangan, apa ertinya itu semua?
Untuk membolehkan kehidupan dihadapi dengan akal fikiran yang sihat lagi cergas menyingkap makna, Socratic Method mengundang beberapa persoalan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.
Ikuti perbincangan mengenainya di dalam vlog kali ini.
Chit chat on the preface written by Dr. Haim G Ginott in his book "Between Parent and Teenager". Here is what he said: A day comes in any parent's life when there is a sudden realization: "My child is a child no longer." This is a unique moment of elation and fear. There is joy in seeing our seed—a sapling. There is also apprehension: No longer can we protect him from all winds. No longer can we stand between him and the world, to shield him from life's dangers. From now on he must face unavoidable challenges unaccompanied by us. There is also conflict. As parents, our need is to be needed; as teenagers, their need is not to need us. This conflict is real; we experience it daily as we help those we love to become independent of us. This can be our finest hour. To let go when we want to hold on requires utmost generosity and love. Only parents are capable of such painful greatness.
Membaca Chapter 2 buku Between Parent and Teenager oleh Dr. Haim G Ginott: Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan semasa berinteraksi dengan anak-anak remaja:
Bersambung selepas ini, Insya-Allah.
From the publisher's feed

195 Listeners