
Sign up to save your podcasts
Or


Banjir musim tengkujuh 2021 kali ini luar biasa.
Alam ini, tidak bekerja secara rawak tanpa sistem. Ia mengikut hukum alam dan hukum alam itu Allah letakkan ia pada neraca keseimbangan: Di dalam surah al-Rahman, Allah menyebut: وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلْمِيزَانَ Dan demi langit yang ditegakkan ia, dan diletakkan al-Mizan (pengimbang). أَلَّا تَطْغَوْا۟ فِى ٱلْمِيزَانِ Agar dengan mengetahui hal itu kalian tidak bersikap melampau pada mengekalkan keseimbangan.
Bagaimana kita meninjau hikmah di sebalik apa yang terjadi?
Allah rezekikan kita belajar macam-macam benda. Namun kita akur, banyak belajar belum tentu amalan jadi lebih baik. Ada jurang antara apa yang kita tahu, dengan apa yang kita buat. Jika kita hanya berminat dengan ilmu demi ilmu, dan tidak mahu meneroka jurang, lama-lama ilmu pun jadi hiburan dan lagha. Suka pergi kursus, suka dengar ceramah, suka pergi kuliah, suka baca buku, tetapi manfaat daripada apa yang dipelajari tidak terhasil. Sebab itu Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam berdoa memohon perlindungan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Imam al-Ghazali juga ada menyenaraikan ilmu-ilmu yang boleh jadi tercela, bukan kerana ilmu itu sendiri, tetapi kerana kesannya dalam bentuk perbuatan kita. Jadi, sebelum mengikuti ceramah seterusnya, kenal pasti jurang masing-masing. Fikirkan apa perancangan kita untuk menangani jurang berkenaan.
Recently, Jeremy contacted me and asked 5 questions. I think those questions are important and my response might be useful for him and you. So here I share my thought on the questions Jeremy asked. May Allah guide and protect us all, amin.
Apa barang belajar pasal wudu’ kentut tak kentut ni? Tak intelek langsung. Pernahkah anda mendengar kenyataan sebegini? Hujjatul Islam, Abu Hamid al-Ghazali rahimahullah, pernah memberi teguran dan nasihat khusus kepada guru di dalam bukunya Ihya’ Ulum a-Din mengenai hal ini. Di dalam Kitab Ilmu, beliau menyampaikan 8 pesanan kepada guru, dan nasihat kelima yang beliau sampaikan berbunyi begini:
أن المتكفل ببعض العلوم ينبغي أن لا يقبح في نفس المتعلم العلوم التي وراءه
Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk mengajar ilmu-ilmu tertentu, tidak harus baginya menanam kehinaan di dalam diri anak muridnya terhadap ilmu-ilmu lain yang tidak diajarnya.
Di dalam sains pembelajaran, mendidik anak murid supaya tidak loyar buruk, mencarut dan lain-lain isu yang lazimnya disebut sebagai ADAB atau AKHLAK, ia duduk di dalam bidang PENDIDIKAN KARAKTER (character education). Antara penjelasan mudah mengenai character education ini ialah, ia mempunyai 3 komponen sebagaimana yang dirangka oleh The Jubilee Centre for Character and Virtues (2017: 9).
Buku Akhbār al-Hamqā wa al-Mughaffalīn (Perihal Golongan Dungu dan Akal Singkat) ini dikarang oleh Ibn al-Jawzi (508-597H) pada membahaskan tentang masalah kebodohan yang meracuni umat Islam. Beliau memperuntukkan satu bab khas iaitu bab ke-21 mengenai kebodohan yang menimpa para guru. Menurut Ibn al-Jawzi, apa yang menyebabkan guru-guru menjadi bodoh dan akal singkat adalah kesan ‘semulajadi’ pergaulannya dengan kanak-kanak. Atau dalam bahasa mudah saya, bergaul dengan kanak-kanak hingga sudah dewasa pun fikir dan perangai jadi macam budak-budak.
Tempat ke-40 Wahabi di Malaysia, Hasrizal Abdul Jamil.
Pernahkah anda mendapat senarai berkenaan? Senarai itu sudah lama berlegar di media sosial dan saiznya bertambah panjang dari semasa ke semasa.
Jika senarai itu mahmudah, baik, berkebajikan, maka banyaklah pahala di sisi Allah orang yang menghasilkannya.
Tetapi jika senarai itu mazmumah, dusta dan bermaksud melemparkan tuduhan sesat atau fasiq, atau kafir ke atas sesama umat Islam, maka amat besarlah ancamannya di sisi Allah dan Rasul yang kita kasihi, sallallāh ‘alayhi wa sallam.
Pesan Nabi sallallāh ‘alayhi wa sallam:
لا يرمي رجلٌ رجلاً بالفسوق، ولا يرميه بالكفر، إلا ارتدت عليه، إن لم يكن صاحبه كذلك
Barang siapa menuduh fasik atau kafir terhadap seseorang lain adalah dia sendiri yang akan menjadi fasik atau kafir jika tuduhan itu tidak benar. (Riwayat al-Bukhari).
Antara kesilapan yang berlaku dalam melaksanakan peranan kita sebagai bapa adalah dengan merujuk hanya kepada pengalaman diri sendiri sebagai anak. Kasih sayang kita dan penghargaan tertinggi untuk ayah dan ibu, tidak bermaksud semua yang mereka lakukan suatu ketika dahulu adalah betul dan perlu diteruskan. Baik, jadikan teladan, buruk jadikan sempadan. Rujukan kita semasa memperbaiki kebapaan bukanlah kepada ‘Barat’ tetapi menyantuni anak adalah dengan meneladani para Rasul ‘alayhim al-Salam. Petikan Webinar “Cukupkah Sekadar Menjadi ‘Ayah’?” Anjuran Asatizah Selangor (ANAS) pada 24 Julai 2021.
Bagaimana kita imbangkan antara mendidik soal adab dengan melunaskan tanggungjawab apabila guru atau pihak sekolah terbabit dalam salah laku dan ia diketahui oleh murid?
From the publisher's feed

195 Listeners