Hasrizal

Hasrizal

By Hasrizal Abdul JamilSociety & CulturePersonal Journals
Download on the App Store

Hasrizal episodes

  • Apabila Sang Alim Jatuh

    Di dalam Muqaddimah Hasyiah Ibn Abidin, terdapat sebuah kisah yang menceritakan semasa Imam Abu Hanifah rahimahullah berjumpa dengan seorang budak yang sedang bermain tanah.

    Katanya kepada budak itu “wahai budak, jangan kamu terjatuh ke tanah”

    Budak itu melihat beliau dan berkata, “Bahkan engkau wahai Imam, jangan engkau terjatuh. Kerana jatuhnya orang alim, adalah jatuhnya alam!”  

    Semenjak kejadian itu Imam Abu Hanifah tidak berfatwa melainkan meluangkan masa sebulan penuh meneliti permasalahan bersama anak muridnya. 

    Jatuhnya orang alim, ilmuan, ulama, adalah musibah kerana kerosakan yang terjadi kepada golongan ini memberanakkan pelbagai kerosakan lain yang membinasakan. 

    Hasrizal Abdul Jamil

    Naas Ireland
    www.hasrizal.com

    2 min
  • Strategi Ibubapa Sokong Persekolahan Anak Walaupun Sistem Sakit
    1. Bukan semua ibu bapa mempunyai pilihan alternatif kepada pendidikan anak. Tetapi pilihan alternatif itu sendiri bukan penyelamat muktamad. Sebaliknya, ibu bapa boleh melakukan banyak perkara walau di sekolah mana pun anak belajar. Sesi live di Facebook dan Youtube tadi mengusulkan perkara berikut:

    2. 1. Beri sokongan emosi dalam pembelajaran anak

      2. Saring kehendak sistem dan sekolah

      3. Belajar ilmu pedagogi

      4. Bina hubungan baik dengan guru dan sekolah

      5. Rancang kewangan keluarga

      6. Bertawakkal kepada Allah
      1 hr 4 min
    3. Renungan Kes Theranos dan Elizabeth Holmes Untuk Ekosistem Startup

      Baru-baru ini mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan yang Elizabeth Holmes daripada startup Theranos bersalah.


      Saya mengikuti kes beliau ini semasa di Finland lagi.

      Saya tertarik kerana pada masa itu saya mengalami keresahan duduk di dalam ekosistem startup melalui program-program entrepreneurship yang ada di Finland. Malah sebahagian trainers datang dari Silicon Valley dan ia menjadi pengalaman baru buat saya. Hype yang meresahkan itu menyebabkan saya terfikir adakah saya rasa tidak selesa kerana saya sudah tua, atau memang ada sesuatu yang tak kena.

      Saya tidak berkenan dengan peranan yang dimainkan oleh sesetengah ‘experts’ dan ‘investors’ di dalam pitch sessions.

      Moga kes Elizabeth Holmes ini menjadi pengajaran kepada experts dan investors, agar lebih merendah diri dan mendengar dengan lebih cermat sebelum ‘meminjamkan’ reputasi mereka kepada projek-projek yang menang.

      Dan syabas juga kepada anak muda seperti Tyler Shultz atas keberanian dan kebijaksanaannya menjadi whistleblower penting di sebalik jatuhnya empayar palsu Theranos ini.

      Ikuti Podcast saya yang memperincikan hal ini 

      17 min
    4. Diskusi Buku The Collapse of Parenting oleh Leonard Sax
      Diskusi buku 'The Collapse of Parenting" oleh Dr. Leonard Sax. Sekolah menanggung bebanan yang lebih besar apabila anak-anak yang datang ke sekolah tidak menerima proses pembentukan budaya baik yang sepatutnya dilaksanakan oleh ibu bapa. 'The culture of respect' tidak terhasil, menatijahkan dominasi 'the culture of disrespect'.
      7 min
    5. Cara Ibubapa Sokong Pdpr Anak

      Apakah yang boleh ibubapa lakukan untuk menyokong pembelajaran anak semasa PdPr?  Banyak yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan memberi sokongan emosi.  Sokongan emosi bukan satu privilege, yakni beruntung pelajar yang dapat, tidak rugi apa-apa mereka yang tidak menerimanya. Emosi adalah ‘enabler’, yakni faktor yang mempengaruhi terjadi atau tidaknya pembelajaran. Ia berkaitan dengan motivasi mereka, kecekalan untuk terus belajar dan sebagainya.   Sokongan emosi bukan hanya dibuktikan kepentingannya oleh sains pembelajaran moden. Tetapi ia juga adalah sesuatu yang telah kita teladani daripada Rasulullah sallallāh ‘alayhi wa sallam.  Apabila baginda dapati anak-anak muridnya (Malik bin al-Huwairith r.a dan sekumpulan anak muda) rindukan keluarga, baginda memberhentikan pengajaran, bertanya mengenai hal tersebut dan apabila mereka kongsi, baginda tidak sekadar, “oklah, moga baik-baik semuanya. Jom teruskan pembelajaran!” Sebaliknya, baginda mengambil kira faktor itu dan mengubah ‘setting’ pembelajaran dengan memindahkannya ke rumah murid-murid. Baginda berikan beberapa panduan untuk pembelajaran itu diteruskan dan dijayakan di rumah, di luar ‘bilik darjah’ baginda.  Bertanya khabarlah tentang kondisi emosi anak-anak semasa PdPr. Ia anugerah besar untuk mereka.  Jangan menangkan silibus, peperiksaan, apa kata cikgu, apa sekolah cakap, kerana semua itu boleh menunggu. Kita hantar anak bersekolah supaya anak-anak berjaya, bukan supaya sekolah berjaya. Kejayaan sekolah ialah apabila murid-murid berjaya belajar, iaitu sesuatu yang sangat individu, kerana ia hak individu.

      2 min
    6. Membaca: Antara Tujuan, Keperluan dan Keselesaan
      Berpakaian untuk perlindungan diri adalah dharuriyyat (ضروريات). Berpakaian dengan ketebalan yang sesuai dengan cuaca pula adalah hajiyyat (حاجيات). Manakala berpakaian yang ketebalannya sesuai serta materialnya selesa untuk kulit kita, itu adalah tahsiniyyah (تحسينيات). Dharuriyyat adalah keperluan asas yang tanpanya, menjejaskan kelangsungan hidup. Hajiyyat menjaga kesejahteraan dan ketiadaannya tidak sampai menyebabkan kerosakan nyawa, akal dan survival hidup. Tahsiniyyat pula adalah elemen keselesaan yang memberikan kualiti hidup yang lebih baik. Semasa kita rasa tidak selesa membaca buku digital, sayangkan pengalaman mencium buku dan menyelak lembaran, membuat catatan dan menjaga upaya mata, serta keperluan kepada isi kandungan sesebuah buku, manakah satu dharuriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat? Mungkin dengan penjelasan ini, keazaman untuk mengutamakan yang utama, boleh ditingkatkan
      6 min
    7. 2022: Tahun Berhijrah ke Ebook Ok Tak?
      Semasa banjir melanda tanahair di penghujung 2021, salah satu pemandangan yang menyedihkan adalah melihat jutaan buku ditenggelamkan oleh air. Bumi ini tidak nampak macam akan pulih dalam jangkla masa terdekat ini. Mungkinkah 2022 ini kita boleh mempertimbangkan kebarangkalian berhijrah secara berperingkat kepada buku elektronik seperti Kindle, Google Play Book dan sebagainya? Saya kongsikan di sini juga beberapa strategi semasa membaca buku digital.
      8 min
    8. Terima Kasih Sahabat Podcast dan Selamat Tahun Baru 2022
      Selalunya podcast saya hanya audio yang diambil daripada video di Youtube. Saya kurang mendedikasikan audio khusus untuk Podcast ini, dan kurang menyapa anda. Terima kasih kepada semua yang setia mengikuti perkongsian saya di sini. Moga tahun 2022 ini saya dapat lebih produktif menyediakan kandungan yang menarik dan bermanfaat untuk anda.
      6 min
    9. Kisah Nabi Musa (Surah al-Kahf) dan Iktibar Iqra' Dalam Pendidikan Generasi Yang Hilang

      Pendidikan generasi kini semakin hilang nilainya malah lebih parah dengan kehadiran pandemik. Adakah harapan dalam mendepani masalah ini? Bagaimana kisah Nabi Musa dalam Al-Quran menjadi panduan dan solusi?  Apakah iktibar surah al-'Alaq pada menyemak kembali tujuan dan matlamat pendidikan kita yang sebenar? Kupasannya bersama Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, dengar rakaman ini, anjuran Wacana Al-Quran.

      1 hr 3 min

    About Hasrizal

    From the publisher's feed

    PODCAST.HASRIZAL.COM

    More shows like Hasrizal

    The Thinking Muslim by Muhammad Jalal

    The Thinking Muslim

    195 Listeners