
Sign up to save your podcasts
Or


Allah Tuhan kita bukan sebab kita sembah Dia.
Jika kita tidak sembah Dia pun, Dia tetap Tuhan kita.
Allah Tuhan kita sebab Dia Pencipta kita.
Kita sembah Dia kerana kita adalah ciptaan dan Dia adalah Pencipta kita.
Ini sangat penting untuk kita fahami sebab sesuatu bukan Tuhan semata-mata kerana kita sembah ia.
Jika sesuatu itu Tuhan kerana kita sembah dia, itu yang mudah menyebabkan manusia anggap Tuhan itu ciptaan manusia, khayalan.
Tuhan itu Tuhan sama ada kita sembah Dia atau tidak.
Itu hikmahnya, semasa kali pertama Allah memperkenalkan diri kepada Nabi Muhammad ﷺ, Allah tidak memperkenalkan Diri-Nya sebagai Tuhan yang disembah, malah tidak juga dengan nama Allah. Sebaliknya, Allah memperkenalkan Diri-Nya sebagai Tuhan kamu sendiri, yang Mencipta. Apabila Allah itu Pencipta dan selain Dia adalah ciptaan belaka, tiada satu apa pun yang seperti Dia.
Ia asas akidah penting, bekalan untuk kami dan anak-anak kami, hidup sebagai Muslim minoriti di negeri asing ini.
Perbualan dengan anak-anak usai tarawih dan witir malam tadi.
Bagaimanakah pilihan-pilihan kita berkaitan dengan keibubapaan dan pendidikan anak-anak hari ini berisiko mendatangkan kesan yang besar untuk masa hadapan. Saya cuba sedaya upaya menekankan bahawa sistem, kurikulum, silibus tidak ‘maksum’. Ia mempunyai pelbagai isu termasuk berkaitan rekabentuk. Apa yang sempurna dan perlu dipelihara adalah fitrah anak-anak. Kejadian dirinya, perkembangan kognitif, emosi, sosial, yang jangan sekali-kali dikorbankan demi mematuhi mandat pendidikan berkenaan. Sistem jika berjaya diubah akan berubah. Tetapi fitrah anak yang rosak, cedera dan dicacatkan itu, amat sukar proses memulihnya bersama peredaran zaman yang begitu radikal dan fundamental.
Petikan Sesi Keibubapaan KMS Februari 2020
KISAH NABI IBRAHIM A.S. SEBAGAI UMAT (SURAH AL-NAHL AYAT 120 - 121)
إِنَّ إِبْرَٰهِيمَ كَانَ أُمَّةًۭ قَانِتًۭا لِّلَّهِ حَنِيفًۭا وَلَمْ يَكُ مِنَ ٱلْمُشْرِكِينَ ١٢٠
Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); dia berserah diri kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang menyekutukan Tuhan.
شَاكِرًۭا لِّأَنْعُمِهِ ۚ ٱجْتَبَىٰهُ وَهَدَىٰهُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ ١٢١
Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.
Kanak-kanak tidak membenci sains. Kanak-kanak suka sains. Sains adalah aktiviti kanak-kanak paling awal, sebelum aktiviti mereka berkembang di dalam segmen kehidupan yang lain. Tetapi keghairahan untuk tahu, meneroka, menyoal, mati apabila kanak-kanak menjadi murid sekolah. Sekolah merosakkan fitrah kanak-kanak yang telah secara semulajadi suka kepada sains.
Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya. Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi.
Antaranya:
Semoga apa yang dikongsi ini bermanfaat. Kongsikan cara sahabat mengatur strategi untuk kita bualkan bersama, atau barangkali ada nasihat untuk saya yang boleh saya gunakan untuk penambah baikan diri. Selamat menghidupkan amalan di bulan Ramadan.
Salam ukhuwwah.
Hasrizal Abdul Jamil
Saya tidak suka dengan ‘cancel culture’. Apabila jumpa seseorang buat sesuatu yang kita tidak berkenan, kita mahu bertindak berlebih-lebihan untuk memusnahkannya.
Ia menyemai kita menjadi individu sombong seolah-olah kita bukan manusia yang tidak akan terjerumus buat silap.
Menolak ‘cancel culture’ bukan lembik, naif, kolot, jauh sekali menyetujui kejahatan. Tuhan kata kebaikan dan kejahatan tidak sama. Dia juga janji hanya balas jahat dengan something better, boleh tukar musuh jadi kawan. Ia memang berat, kecuali orang yang sabar dan beruntung.
Apabila anak buat salah, meleterinya, menampar, melibas tali pinggang atau halau dari rumah lebih senang dan ‘puas hati’. Tetapi ibu bapa yang mahu anak berubah, pilih sabar dan terus berusaha, termasuk semasa anak menolak kesabaran dan usaha itu sendiri.
وَلَا تَسْتَوِى ٱلْحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ ۚ ٱدْفَعْ بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُۥ عَدَٰوَةٌۭ كَأَنَّهُۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌۭ ٣٤
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat 41:34)
وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ٱلَّذِينَ صَبَرُوا۟ وَمَا يُلَقَّىٰهَآ إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍۢ ٣٥
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. (Fussilat 41:35)
Tuhan kita Allah. Tuhan yang tidak pernah berhenti memberi peluang kepada kita sebagai makhluk ciptaan-Nya, membetulkan kesalahan.
Bukan sahaja Allah itu suka mengampunkan dosa, malah Dia sayang pula kepada hamba yang Dia ampunkan itu.
Ghafur, Rahim.
Jumpa orang buat salah, tegur dan betulkan jika mampu.
Bukannya berbondong-bondong menjadi ababil menabur batu neraka untuk membinasa. Kita semua sama. Hanya masa buat silap yang berbeza-beza.
amadan bukan hanya bulan mengenai puasa. Ia juga bulan untuk kita meningkatkan penghayatan al-Quran. Mengutamakan bacaan adalah yang ideal, namun mengimbangkan antara baca dan cuba memahami apa yang dibaca adalah munasabah untuk meningkatkan rasa cinta seseorang kepada kalam Allah ini.
Saya ambil peluang menyentuh sedikit di dalam program Jiwa Ramadan Yang Hilang anjuran HALUANSISWA UniKL Business School baru-baru ini, beberapa strategi mudah berkaitan al-Quran untuk Ramadan yang bakal tiba.
Lakukanlah apa-apa langkah yang sesuai untuk saling membantu sesama kita meningkatkan bacaan.
Cuma kita perlu bijaksana dalam keghairahan untuk menggalakkan sesama kita membaca al-Quran, janganlah kita terperangkap dalam sikap berlebih-lebihan sama ada semasa memberi galakan, mahu pun ketika memberi amaran.
Kita wajar berhati-hati jika mahu menjadikan bacaan al-Quran sebagai suatu kewajipan melebihi hukum asalnya, lantas mengenakan tindakan organisasi dan yang seumpama dengannya. Ia juga boleh mengundang akibat-akibat yang tidak baik. Halusilah pemahaman kita tentang reinforcement dan punishment secara negatif dan positif, sejauh manakah ia berfungsi meningkatkan dampingan kita dengan al-Quran, agar kita tidak meninggalkan targhib dan tarhib sedia ada di dalam Al-Quran dan Sunnah baginda ﷺ sendiri.
Semoga Allah rahmati kita semua dengan kedatangan bulan yang mulia ini pada meningkatkan amal ibadah kita semua, amin.
Hasrizal Abdul Jamil
Seorang rakan menghubungi saya baru-baru ini meminta pandangan bagaimana untuk beliau menguruskan anaknya, seorang ADHD, untuk berpuasa di bulan Ramadan. Anaknya awal-awal lagi sudah menyatakan keengganannya berpuasa di bulan Ramadan.
Pada usia kanak-kanak, sebelum aqil baligh, Allah belum menjadikan ibadah puasa itu wajib ke atas si anak. Justeru, puasa di peringkat ini hendaklah dikomunikasikan dalam bentuk memperkenalkan, menggalakkan, melatih, yakni sebagai satu proses belajar, pendidikan.
Dengan ADHD, hadir bersamanya pelbagai cabaran seperti gangguan regulasi emosi dan lain-lain, pasti sukar untuk hal ini dilakukan.
Saya sendiri bukanlah pakar. Saya hanya seorang ADHD yang juga guru, memahami serba sedikit sains pembelajaran, saya gunakan 13 strategi keibubapaan yang diterbitkan oleh majalah Additude ini, untuk diaplikasikan ia kepada usaha kita memperkenalkan ibadah puasa dan Ramadan itu sendiri kepada anak kita yang ADHD.
Dokumen berkenaan boleh dimuat turun secara percuma di https://www.additudemag.com/download/raising-a-child-with-adhd/
13 strategi yang dimaksudkan itu ialah:
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Hasrizal Abdul Jamil
ramadan.hasrizal.com
adhd.hasrizal.com
From the publisher's feed

195 Listeners