Sign up to save your podcastsEmail addressPasswordRegisterOrContinue with GoogleAlready have an account? Log in here.
‘Hikmah’, sebuah lagi podcast Bahasa Melayu dengan kandungan berunsur keagamaan dan spiritual, kali ini membawa para pendengar menyusuri musim ketiga. Nak sponsor atau kolaborasi? Emel [email protected] a... more
FAQs about Hikmah - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Hikmah - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 26 episodes available.
May 20, 2022Dendam Kesumat | Hikmah Musim ke-3 EP8"Sejarah hidup Asyikin tidak sama dengan adik-beradik lain, kerana semasa kecil, ibu dan ayah menyerahkannya ke bawah jagaan ibu saudara. Lalu Asyikin mendewasa dalam lautan dendam. Dendam kerana tidak dipelihara ibu bapa kandung. Malah dendam kerana tidak menikmati belaian dan kasih sayang yang sama. Silaturrahim yang renggang, mampukah bertaut kembali? Atau terputuskah ia hingga kiamat — kerana benci dan sakit hati? "...more25minPlay
May 06, 2022Perempuan Ular | Hikmah Musim ke-3 EP7Apakah perasaannya jika kita hidup bergelumang dengan memori pahit, kerana sepanjang alam persekolahan dipanggil ‘Ketua Murid Beruk’? Malah ibu kita digelar ‘Perempuan Ular’? Inilah yang dihadapi Nur Izzati, anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai pembersih Zoo Negeri. Status kerjaya Izzati tinggi melangit. Namun, sanggupkah dia mengaku asal-usul? Atau tergamakkah dia memadam sejarah bersama si ibu?...more25minPlay
April 29, 2022Masa Yang Dipinjam | Hikmah Musim ke-3 EP6Mardhiah, seorang gadis bercita-cita tinggi. Dengan sokongan keluarga, dia berjaya melanjutkan pengajian ke Negara Matahari Terbit. Perpisahan sementara itu meruntun jiwa ibunya. Namun, tidak banyak diminta si ibu — melainkan janji Mardhiah untuk menulis surat atau poskad kepadanya selalu. Namun kerana taasub dengan perlumbaan menuntut ilmu, Mardhiah tidak mahu diganggu, lantas dia mengenepikan si ibu. Sempatkah Mardhiah membayar semula hutang masa yang telah dipinjamkan kepadanya?...more20minPlay
April 22, 2022Dua Ibu Dalam Kalbu | Hikmah Musim ke-3 EP5Jessica Lee Swee Lyn, diusir keluar dari rumah kerana menghamilkan anak asmara. Lalu dia menyerahkan anak luar nikahnya — Jesslyn — kepada seorang gadis Melayu bernama Adila. Konflik bermula apabila si anak mendewasa lalu bertekad mencari ibu kandung. Namun, hati si ibu yang telah membesarkannya semenjak kecil, terluka kerana dituduh mementingkan diri sendiri. Dapatkah Jesslyn aka Haleeda mencari ibu sedarah sedaging? Tertebuskah dosanya kepada si ibu angkat?...more20minPlay
April 15, 2022Hujan Di Hati Emak | Hikmah Musim ke-3 EP4Ketika Kartini binti Haji Samsuddin, seorang Pengurus Pemasaran yang amat komited pada kerjaya, mengambil keputusan untuk menangguhkan ziarahnya ke kampung kerana urusan kerja, dia tidak tahu bahawa itu mungkin kesempatan terakhir untuk dia mendampingi si ibu. Setelah berbulan tidak bertemu, ibunya yang sakit rindu, dikhabarkan positif Covid-19. Sempatkah Kartini pulang memeluk kaki si ibu, memohon maaf atas dosa-dosa yang lalu?...more21minPlay
April 08, 2022Sakit Sebelum Ke Syurga | Hikmah Musim ke-3 EP3Jika seorang ibu mampu menjaga anak-anak yang ramai, yang bergerabak seperti keretapi, mampukah 10 anak menjaga dan mengurus si ibu itu apabila dia tua nanti? Sepuluh adik-beradik berstatus hebat, berpelajaran tinggi; diuji Allah apabila terpaksa menjaga si ibu yang disahkan kanser payu dara tahap 4. Namun ibu malang itu berpindah dari satu tangan ke satu tangan yang lain kerana tiada anak sanggup menjaga. Ke manakah empati anak sewaktu dia di hujung nyawa?...more22minPlay
April 01, 2022Telunjuk Isteri | Hikmah Musim ke-3 EP2Apabila Azman menawar diri untuk menikahi kawan baiknya, Sarina, dia mengambil tanggungjawab untuk menerima anak asmara Sarina dengan ikhlas. Perkahwinan mereka baik-baik saja sehinggalah Sarina mulai menjadi duri dalam daging. Kerana telunjuk isteri, secara tidak sedar, Azman mengabaikan ibunya. Siapa yang akhirnya Azman pilih — Sarina yang dicintai atau syurga di bawah tapak kaki ibunya?...more17minPlay
March 25, 2022Seringgit Untuk Emak | Hikmah Musim ke-3 EP1Keikhlasan seorang anak kadangkala diuji dengan cara yang paling aneh dan misteri. Zaida, seorang wanita terpelajar, dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang sanggup bergolok-gadai demi memberi pendidikan terbaik buatnya. Namun kerana seringgit, Zaida menjadi manusia kikir lagi bakhil, sehinggalah suatu hari dia menerima pembalasan dahsyat yang paling tidak diduga....more14minPlay
May 06, 2021Kekasih Hari Senja | Hikmah Musim ke-2 EP8Konflik antara menantu wanita dengan ibu mertua memang selalu berlaku. Kerana yang selalu terjadi, para menantu terlupa, bahawa tanggungjawab menjaga mertua adalah sama dengan tanggungjawab menjaga ibu dan ayah kandung mereka sendiri. Namun, apabila seorang wanita dementia ditakdirkan hadir untuk menguji kasih sayang anak-anak dan menantunya, mampukah mereka menanganinya — dengan ikhlas, reda dan sabar?...more15minPlay
May 03, 2021Sebelum Mataku Terkatup | Hikmah Musim ke-2 EP7Raja Ratnasari, wanita besi dalam industri pengiklanan, diuji apabila kesihatannya yang sempurna selama ini — direnggut secara tiba-tiba. Apatah lagi, dia menghamilkan anak luar nikah. Maka kerana itu layanan manis keluarga mertua dan ipar-duai berubah menjadi racun berbisa. Sang suami didesak agar menceraikannya. Apakah wanita ini sempat menebus kesilapan sebelum matanya terkatup?...more13minPlay
FAQs about Hikmah - SYOK Podcast [BM]:How many episodes does Hikmah - SYOK Podcast [BM] have?The podcast currently has 26 episodes available.