
Sign up to save your podcasts
Or

![Hikmah - SYOK Podcast [BM]](https://podcast-api-images.s3.amazonaws.com/corona/show/2356392/logo_300x300.jpeg)
Kehidupan senang-lenang dan serba berkecukupan — itulah saja yang menjadi faktor pendorong seorang isteri muda bercita-cita tinggi. Dia terpaksa akur dengan jodoh yang telah diatur oleh keluarga. Namun, segala perilaku suami terlihat buruk di matanya, bahkan mendatangkan benci dalam perasaannya. Sehinggalah suatu hari, terjadi peristiwa yang mengubah persepsi hodohnya terhadap si suami yang dia zalimi.
Amarah, adalah sekutu syaitan. Ia musuh dalam diam yang sentiasa mahu memusnahkan umat manusia semenjak dahulu lagi. Dan yang terjadi kali ini adalah kisah seorang anak kecil yang tidak berdosa, yang termusnah masa depannya akibat amarah si ayah yang gagal dibendung oleh akal fikiran yang waras.
Si isteri wanita yang bijak, berpendidikan tinggi, mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang akademik. Namun 14 tahun lamanya, dia dipenjarakan oleh khalifahnya sendiri. Ditunjal, disepak, diterajang di hadapan anak-anak. Terbongkar rahsia, rupanya suami itu menderitai penyakit kemurungan. Malang sekali, tiada ahli famili sebelah suami atau isteri, berani bersuara. Sampai bila isteri sanggup bertahan sebelum diberi keberanian untuk berjuang mencapai impian dalam kerjaya?
Rumahtangga terpancar bahagia kerana si isteri mempamerkan wajah perkahwinan yang manis lagi kencana. Dan suami tercinta pula menunjukkan karisma pemimpin yang disegani, dipandang tinggi. Namun ada pekung yang
tersembunyi di dalam kelambu. Kerana suami yang termasyhur dalam lapangan politik itu, rupanya lelaki dayus paling tidak disangka.
Burkitt Lymphoma, sejenis kanser yang amat agresif, yang membesar setiap tujuh jam, sedang memamah perut suami. Kepada isteri, suami berserah mengharapkan kehidupan hujung hayatnya diuruskan dengan redha dan sempurna. Soalnya, mampukah isteri menjernihkan hati dan berkhidmat dengan ikhlas, selepas suami meleburkan kepercayaannya dengan kecurangan paling dahsyat?
Kemesraan yang terjalin antara seorang adik angkat dan abang angkat di alam persekolahan, akhirnya sampai ke jenjang pelamin. Namun pelangi bertukar tsunami, kerana cinta taman terbuka yang ditawarkan isteri, rupa-rupanya penjara yang merantai suami.
HIKMAH membawa pendengar dengan kisah Israk dan Mikraj, satu malam yang bersejarah lagi sangat luar biasa. Malam yang merupakan satu mukjizat besar bagi Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam bingkisan kali ini, kami kongsikan beberapa peringatan penting, yang pastinya amat signifikan dalam perlumbaan kita meraih dunia dan mengejar akhirat.
HIKMAH episod ke-9 membawa pendengar menelusuri kisah kekasih kita semua, Nabi Muhammad SAW yang diuji dengan sihir. Besarnya dugaan seorang utusan Allah SWT, penyatu ummah, sehingga baginda tidak ditentang dan cuba dibinasakan sedemikian rupa. Jadi apa penyebab Nabi Muhammad SAW disihir? Nantikan.
Kisah Nabi Muhammad & 8 Dirham terjadi pada satu hari apabila Nabi Muhammad SAW keluar rumah untuk membeli pakaian dan peralatan rumahnya. Di tangan baginda hanya ada wang lapan dirham. Sejauh mana baginda lalui perjalanan hidup ketika itu? Teruskan mendengar Hikmah di Syok
Setitik khilaf menjadi noda. Setitik lalai menjadi dosa. Namun alhamdulillah, bulan penuh barakah ini masih sudi menemani kita.
Pendengar Hikmah yang kami muliakan. Pada Ramadan yang semakin menghampiri penghujung ini, kita kenang kembali kisah Nabi Ibrahim a.s bersama empat ekor burung.
From the publisher's feed