Podcast SS adalah segmen syok sendiri aku sorang sorang dengan membuat gig report, review album atau buat apa apa yang aku rasa syok sendiri. Aku pergi ke Selamat Datang ke Jalan Abbey sempena pelancaran album kedua Masdo, Jalan Abbey. Selain dari ramai awek yang comel, ada beberapa perkara lain yang ada di kenduri tersebut yang aku akan sebut dalam ni. Ada juga sedikit review (review bodoh bodoh) album baru Masdo ni. Jangan lupa ikuti kami di spotify, instagram dan twitter @humurnetijen.