
Sign up to save your podcasts
Or


Apabila syarikat tempat mencari rezeki membuat penstrukturan semula dengan mengurangkan jumlah pekerja, Nur Hafizah Ghazali mengambil peluang ini untuk memulakan bisnes yang mampu dilakukannya. Seorang graduan jurutera yang berkecimpung 26 tahun dalam perkhidmatan pelanggan di MAS, Nurhafizah akhirnya memilih untuk menggunting rambut.
Dalam episod ini Nurhafizah berkongsi pengalamannya memilih jenis perniagaan, memulakan perniagaan dan mengikis rasa malu untuk memasarkan bisnes barunya.
Sebaik sahaja memasukki sempadan Pulau Pinang dari utara, pasukan basikal Jabatan Bomba Penyelamat Pulau Pinang menyambut dan mengiringi Loe sehingga ke Balai Bomba dan Penyelamat Prai.
Dengan kayuhan hari ini Loe telah berjaya menjelajah berbasikal ke semua negeri di Semenanjung Malaysia dan menyatakan rasa terima kasih kepada 4 pasukan sokongan yang mengiringinya di sepanjang jelajah berbasikal kayuhan amal ini.
Laluan kayuhan diubah atas nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah untuk mengelakkan kawasan jangkitan Covid-19. Loe mengayuh dengan lebih santai menikmati pemandangan sawah padi yang menjadi ikon negeri kelahirannya.
Dari Balai Bomba dan Penyelamat Arau, Loe mengayuh sejauh 83 km menjelajahi Negeri Jelapang Padi sehingga ke Yan, melalui Tunjang, Alor Setar dan Kota Sarang Semut.
Bermula Stage 3 pada hari ini. Loe bertarung dengan cuaca panas kering angin lintang yang kencang di Perlis dan berjaya mengayuh sejauh 134 km dari Sik ke Arau. Team Kayuhan Amal Bomba 2020 juga menyerahkan sumbangan kepada seorang anggota penyelamat di Balai Bomba dan Penyelamat Jitra.
Menampilkan kiriman pesanan sorakan gemuruh dari kumpulan Kembara Kosmopolitan.
Pada Hari 16 Loe mengayuh sejauh 98 km dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik jam 8.30am. Walaupun mengalami kecederaan otot Loe bersemangat untuk sampai ke destinasi kampung kelahirannya di Sik untuk rehat dan rawat pada Hari ke 17 dan akan menyambung jelajah berbasikal solo pada hari ke 18.
Loe berjaya membuat kayuhan merentasi banjaran Titiwangsa melalui Lebuhraya Timur Barat dari Jeli ke Gerik sejauh 124km. Merupakan laluan idaman penggiat sukan berbasikal. Pemandangan dari Puncak Titiwangsa, Empangan Temenggor dan Tasik Banding sangat indah, tetapi amat mencabar dengan pendakian dan selekoh curam.
Walaupun berjaya sampai ke destinasi, Loe mengalami kecederaan otot dan memerlukan rawatan dan rehat yang lebih panjang sebelum menyambung misi kayuhan solo ini.
Menampilkan pesanan suara dari Hussain Jahit teman sependakian Loe.
Di ambang Awal Muharram, genap dua minggu Loe berbasikal dalam memenuhi misi kayuhan solonya. Sehingga hari ini Loe berjaya mengayuh sejauh 1300km sejak pelepasan pada 6 Ogos 2020 di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Tengah Kuala Kubu Bharu.
Debaran bermula kerana Loe akan melalui laluan merentasi Banjaran Titiwangsa sejauh 124 km menempuh hutan hujan tropika sepanjang perjalanan, Lebih dari itu kayuhan ini amat mencabar kerana pendakian ke puncak banjaran Titiwangsa dan penurunan yang melalui selekoh yang panjang.
Tetamu khas siaran ini ialah Azmi Ariffin, teman pendakian ke Everest Base Camp pada tahun 2009 dan 2019.
Manakah yang didambakan oleh seorang anak seni, sesuap nasi atau sebuah karya? Firdaus Nordin yang memuncak namanya selepas karya muralnya yang dihasilkan bersama rakan-rakannya mendapat perhatian meluas sehinggakan DYMM Yang Dipertuan Agong berkenan mencemar duli membuat kunjungan melihat sendiri karya mereka.
Tetapi di sebalik keriuhan perhatian ramai, ternaya realiti kehidupan amat getirs bagi Firdaus yang sedang berdepan dengan kehilangan pendapatan akibat penutupan galeri, kehilangan pekerjaan tetap, terkurung dalam studio dan terpisah dari keluarga di Perlis.
Loe menceritakan peristiwa 6 orang anggota bomba yang terkorban dalam usaha menyelamat di sebuah lombong di Puchong telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam kalangan ramai anggota bomba dan penyelamat sekaligus mendorongnya untuk melakukan aktiviti amal bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada keluarga anggota-anggota yang tercedera atau terkorban.
Dalam siaran ini juga Loe memuji aktiviti berbasikal yang diamalkan di seluruh negeri Terengganu sebagai satu gaya hidup aktif dan sihat.
Seramai 20 orang anggota bomba dan pasukan basikal CEFS mengiringi jelajah basikal bersama Loe ke bermula dari Balai Kerteh ke Balai CEFS. Loe mengayuh sejauh 148km dan bertarung dengan cuaca panas terik dan hujan lebat. Perubahan cuaca mendadak ini menyebabkan Loe merasa tidak sedap badan dan bimbang jika tahap kesihatannya terganggu untuk kayuhan esok.
Sorotan Khas hari ini menampilkan pasangan suami isteri Hafiez dan June pendaki Everest Base Camp dari Brunei Darussalam. Mereka berbicara bagaimana kekuatan mental dapat membantu seseorang mengatasi cabaran fizikal dan mencapai sesuatu yang di luar dugaan.
From the publisher's feed