
Sign up to save your podcasts
Or


Pada hari ke 11, Loe telah berjaya melepasi 1000km dalam misi kayuhan solonya. Istimewanya pada hari ini Loe diiringi oleh pasukan berbasikal sejauh 20km hingga ke Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, iaitu destinasi terakhir untuk Hari ke 11.
Dalam siaran kali ini Loe berkongsi tentang peranan yang dimainkan oleh pasukan Hazmat di balai-balai bomba dan anggota penyelamat khususnya yang terletak di antara Kuantan dan Kerteh berdekatan dengan kawasan industri petrokimia.
Loe merakamkan rasa terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana memberi peluang kepadanya untuk melaksanakan misi kayuhan solo ini.
Loe juga berkongsi bagaimana beliau merangka laluan kayuhan sejauh 2020 km dan rahsianya kekal bersemangat sepanjang kayuhan.
Pada hari ke sembilan Loe mengayuh dari Nenasi ke Kuantan sejauh 97 km, melalui Pekan, Peramu, Indera Mahkota. Loe akan berehat selama sehari di Kuantan sebelum meneruskan misi kayuhan solonya pada hari ke 11 nanti.
Pada hari ke lapan, Loe mengayuh dari Mersing ke Nenasi sejauh 110 km, kayuhan lebih santai dengan cuaca yang lebih baik. Laluan kayuhan lebih mendatar. Sebaik sahaja melepasi Kuala Rompin, landskap laluan bertukar dari pemandangan hutan kepada pesisiran pantai.
Dalam siaran ini juga Loe berkongsi nilai ‘hati emas’ yang disemai dalam kalangan anggota bomba dan penyelamat.
Loe mengharungi hujan di sepanjang laluan 95 km dari Kota Tinggi ke Mersing sehingga terpaksa menukar set roda bagi menyesuaikan kayuhan dengan keadaan jalan.
Sehingga hari ke tujuh, Loe telah berjaya mengayuh sejauh 696 kilometer merentasi Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan menyusuri pantai barat dan timur negeri Johor, beliau kini bersedia menjelajah negeri-negeri Pantai Timur.
Hari ini juga tamat kayuhan Stage 2. Loe merakamkan rasa terima kasih kepada support team yang telah mengiringi beliau sepanjang kayuhan ini. Team untuk Stage 2 akan mengiringi beliau dalam kayuhan dari Mersing ke Jeli.
Setiap perniagaan pasti ada pasang surutnya, tetapi bagaimanakah seorang peniaga mengetahui bahawa dia perlu membuat keputusan nekad untuk meneruskan atau menukar arah perniagaannya? Khairunnisa Hussin, pengusaha dan penanam pokok ros Nisa Roses yang berpangkalan di Alor Star, berkongsi pengalamannya sebagai seorang usahawan.
Pada hari ke 6 ini, Loe menamatkan kayuhan sejauh 50km dari Johor Bahru ke Kota Tinggi. Setelah menambah jarak pada kayuhan semalam, Loe dapat memendekkan masa dan jarak kayuhannya pada hari ini untuk rehat dan rawat. Loe berkongsi pengalaman dalam memilih jenis basikal yang sesuai untuk misi kayuhan solonya.
Di sebelah pagi Loe menyerahkan sumbangan kepada seorang anggota bomba yang terlantar akibat kanser paru-paru di Pontian melalui kutipan tabung kebajikan anggota bomba.
Perjalanan dari Pontian Baru ke Johor Bahru sejauh 120 km, Loe mengayuh dengan menempuh angin lintang tetapi kali ini dibantu oleh salah seorang teman pendakian menggunakan teknik tarik basikal.
Dalam teknik ini, seorang penunggang basikal mengayuh di hadapan penunggang basikal utama untuk mengurangkan geseran angin untuk mengurangkan penggunaan tenaga berlebihan ketika berhadapan dengan angin lintang. Melalui teknik ini Loe dapat meliputi jarak yang lebih jauh dari yang dijadualkan.
Sorotan khas kali ini menampilkan pendaki Cik Jah yang pernah beberapa kali menyertai Loe dalam ekspedisi pendakian termasuklah ke Everest Base Camp pada 2019.
Walaupun jarak kayuhan hari ini lebih pendek hanya 76 km berbanding dengan kayuhan pada hari-hari sebelumnya, Loe terpaksa mengharungi angin lintang yang berisiko tinggi dan memperlahankan kayuhan demi keselamatannya. Melawan angin lintang juga memerlukan kekuatan fizikal yang lebih tinggi.
Loe berjaya menamatkan perjalanan dari Jalan Kubu Melaka ke Batu Pahat sejauh 99 km, dengan kayuhan selama 8 jam. Balai-balai bomba yang disinggahi adalah Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu, Merlimau, Muar dan Batu Pahat. Beliau berkongsi panduan mengelakkan dehydration ketika mengayuh dalam cuaca panas.
Sorotan Khas Hari Kedua Loe telah berjaya mengayuh sejauh 110 km dari Seremban 2 ke Jalan Kubu Melaka dan mengambil masa 7 jam untuk sampai ke destinasi. Laluan hari ini berbukit dan mencabar kerana cuaca yang amat panas.
From the publisher's feed