
Sign up to save your podcasts
Or


Ramai yang tertanya-tanya apa yang sedang berlaku? Kalau nak diceritakan semuanya sampai ke hujung pangkal memang tak ada siapa nak terima. Sebab kebenarannya terlampau jauh dari apa yang ramai percayakan selama ini. Dan manusia yang terbiasa dengan penipuan yang telah beratus tahun terbiasa malah selesa hidup dalam realiti yang dibina sendiri walaupun sebenarnya itu semua hanyalah khayalan yang dibuat dan diterima oleh sebahagian besar masyarakat umum bertahun lamanya.
Secara mudahnya, apa yang berlaku sekarang adalah klimaks pembohongan yang kini berada di penghujung jalan dan tidak ada lagi jalan terus. Namun, sistem pendidikan yang hanya mengajar bagaimana untuk seragam, patuh kepada arahan dan berlumba-lumba antara satu sama lain melemahkan daya fikiran manusia untuk berfikir di luar kotak. Di sekolah, kita diajar untuk sama. Baju sekolah sama, masuk kelas waktu sama, makan sama, permainan sama. Siapa saja yang berlainan akan dibuli. Dan dilatih jugak untuk bersaing antara satu sama lain : nombor berapa dalam kelas, insentif diberi kepada yang mendapat terbaik. Maka dari sistem persekolahan manusaia diajar untuk menjadi sama dan menganggap orang lain sebagai saingan, bukan sebagai saudara.
Sesi Perbincangan di Twitter space yang melibatkan ramai golongan dari berlainan pandangan tentang vaksin pasport. Hanya sebagai perbincangan untuk mengupas kedatangan vaksin pasport ke Malaysia dan juga seluruh dunia.
Kebanyakan kita tersepit di tengah-tengah antara pembenci ugama vs penunggang agama.
Isu Palestin ni bukan isu baru, jadi apakah yang kita boleh buat dengan isu Palestin ini untuk membantu mereka?
Kenapa kita sering mencari perbezaan sedangkan kalau kita mencari kesamaan kita akan berjumpa juga sekurangnya satu kesamaan dalam setiap orang yang akan membuatkan kita lagi rapat dengan semua orang.
Anda peminat teori konspirasi? Apa itu sebenarnya teori konspirasi dan kenapa ramai yang menggemarnya?
Kita sering dengar tentang haluan golongan kanan atau kiri. Apa maksudnya? Mana yang betul, liberal atau konservatif?
Di mana golongan TikTok ini dalam menyuarakan pendapat mereka untuk mengundi dalam Pilihanraya yang berikutnya?
Sedikit gambaran bagaimana voodo, Santau dan covid19 ini berlaku di dalam komuniti-komuniti yang tertentu. Nocebo, satu punca penyakit yang jarang di perbincangkan mungkin salah satu punca bagaimana voodoo, Santau dan juga kenapa bilangan dan angka covid ini meningkat.
VIctim Mentality ini ramai yang gunakan untuk menyalahkan sesuatu faktor lain dari diri sendiri terutama bila ada bala atau keadaan tidak begitu menjadi sepertimana yang dikehendaki. Dan terimalah hakikat yang tak ramai yang peduli pasal kita sebenarnya. Hiduplah jujur dengan diri sendiri.
From the publisher's feed