Kondenser

Kondenser

By podkast.myEducationHow To
Download on the App Store

Kondenser episodes

  • KHAS: Mengajar Depan Kamera Bukan Mudah

    Episod khas ini menumpukan kepada penyampaian pembelajaran dalam norma baharu. Apakah cikgu dan pensyarah boleh  mengajar di hadapan kamera dengan mudah?

    Kondenser mendengar pandangan guru-guru dan pensyarah universiti dalam mengajar di hadapan laptop/camera semasa PKP, dan juga mendengar pendapat pakar pembelajaran digital dan futuristik - Dr. Helmi Norman, dari Pusat Pengajaran dan Pembangunan Korikulum, Universiti Kebangsaan Malaysia.


    Episod ini dirakam pada 23hb Februari 2021

    58 min
  • VODCAST, CLUBHOUSE, PENERBIT JENAKA KAMPUNG KALUT

    Episod ke-sebelas Kondenser kali ini melihat kepada penerbitan podcast dalam bentuk visual ataupun ‘Vodcast”. Kami kongsikan antara kelebihan dan kekurangan Vodcast. Anda pasti tahu sitcom Jenaka Kampung Kalut? Kami menjemput Penerbit TV dan radio berpengalaman, Haizren Mohd Esa sebagai tetamu untuk episod kali ini.

    41 min
  • AUDIO MIXING, PdPR DAN SHARON WEE

    Episod kesepuluh Kondenser melihat kepada aspek-aspek mixing. Kami senaraikan 5 perkara yang perlu anda titikberatkan apabila menyunting episod anda menggunakan DAW. 

    Seterusnya, kami menjawab soalan daripada Cikgu Ida yang bertanyakan soalan tentang cara-cara menggunakan podkast dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

    Ingin menjadi hos rancangan TV atau podkast, tetapi tidak ada latar belakang media? Dengar temuramah kami bersama Sharon Wee, bekas pemain skuasy negara!

    Sharon menceritakan perjalanannya dari seorang atlit kebangsaan kepada pengamal media dan hos di Astro Arena. Apa lagi yang Sharon terajui sekarang?

    46 min
  • PERANCANGAN PODKAST & DR. KHOR SWEE KHENG

    Dalam episod ke-9 Kondenser, kami menemuramah pakar sistem kesihatan ternama, Dr. Khor Swee Kheng. Kami juga berbincang mengenai cara merancang podkast anda. Segmen berita kali mendalami sejarah podkast pertama pada awal abad ini.

    46 min
  • TEKNIK EQUALISATION, KEVIN BARNABY ARTIS SUARA LATAR

    Kondenser bercakap mengenai teknik asas dalam membuat "Equalisation", berfokuskan kepada suntingan suara di dalam podkast. Akhir sekali, kami bersembang dengan Kevin Barnaby, artis suara latar yang anda mungkin pernah dengar dalam iklan dan juga filem animasi terkenal. Kevin memberi tips-tips untuk membuat "voiceover", dan bagaimana anda boleh meningkatkan mutu suara anda!

    46 min
  • "Hosting Tips" daripada pengacara ternama, dan perjalanan Izwan Azir sebagai pengamal media

    Kondenser mempersembahkan tips untuk menjadi hos yang mantap, daripada Vimala Verasamy (RTM), Raza Syazani (TV3), Izwan Azir (Kool FM), Luqman Hariz (Astro Awani) dan Anna Zulkifli (Bernama TV). Kami juga menjawab soalan pendengar mengenai penggunaan audio dalam pembelajaran sains, dan juga berbual dengan Izwan Azir mengenai sejarah perjalanan dari TV3, menjadi setiausaha akhbar menteri hingga menjadi pengacara radio Kool FM.


    54 min

About Kondenser

From the publisher's feed

Podcast dari Malaysia tentang pembikinan kandungan digital - podcasting, videography, musik, kewartawanan dan banyak lagi!