Kementerian Kesihatan memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan jasad bayi yang meninggal dunia selama dua minggu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menasihati semua bertenang memandangkan pihak berkenaan sudah pun dikerahkan untuk menjalankan siasatan.
Terdahulu, Hospital Bersalin Razif tampil menafikan dakwaan berkenaan hanya kerana ibu bapa bayi itu gagal menjelaskan bil.
Sebaliknya, pihak hospital memberi kebenaran untuk mengebumikan jenazah bayi tersebut sebelum bayaran dibuat.
Isu tersebut hangat diperkatakan susulan perkongsian Unit Khas Van Jenazah berhubung pengurusan jenazah bayi lelaki yang disimpan di peti sejuk sebuah hospital swasta di Klang viral di media sosial.