JPJ diarah untuk segera menjalankan siasatan terperinci berhubung punca kemalangan yang mengorbankan tujuh nyawa di Melaka.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihak berkuasa akan ambil tindakan susulan terhadap syarikat treler dan bas yang terlibat.
Siasatan awal mendapati nahas berkenaan berpunca daripada tayar sebuah treler yang tercabut dan berada di lorong tengah lebuh raya itu.
Sebuah bas persiaran terbabit mengelak lalu terbabas dan merempuh tiga kenderaan lain dari arah bertentangan.
Sementara itu, Polis Melaka sahkan kesemua tujuh mangsa yang maut dalam nahas berkenaan sudah dikenal pasti.