Polis Selangor menahan tiga individu termasuk teman lelaki seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kajang, dua minggu lalu.
Ia susulan penemuan mayat reput di sebuah sungai di Banting semalam, dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan.
Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu keputusan sampel DNA bagi mengesahkan identiti mangsa.
Terdahulu, media melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan yang tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di Cheras.