Seorang pegawai kadet UPNM didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dipercayai terlibat kes buli pelatih junior bulan lalu.
Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah.
Terdahulu, satu kejadian buli dilaporkan di UPNM membabitkan pelatih tahun dua yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Kejadian dilaporkan 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap dengan seterika oleh pelajar tahun empat.