Tiga individu lemas akibat dihanyutkan kepala air ketika mengikuti aktiviti rakit arus deras di Gopeng, Perak.
Polis berkata ketiga-tiga mangsa merupakan petugas JKR Seberang Perai Tengah Pulau Pinang dan Langkawi, Kedah.
Difahamkan ketiga-tiga mangsa termasuk seorang wanita merupakan sebahagian daripada kumpulan yang menjalani kursus pengukuhan kerja berpasukan di lokasi kejadian.