SPRM memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah lebih RM40 juta yang dialami Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad dalam sebuah syarikat fesyen.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata siasatan itu penting memandangkan perkara itu melibatkan isu dana dan kepentingan awam.
Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil minta dua syarikat pelaburan terbabit beri penjelasan berhubung kerugian berkenaan susulan pelbagai spekulasi dibangkitkan di media sosial.