Pihak berkuasa termasuk majlis agama Islam diarah segera siasat, ambil tindakan berhubung dakwaan salah laku GISBH.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia adalah perkara serius yang perlu ditangani segera.
Terdahulu, lebih 400 kanak-kanak telah diselamatkan selepas polis menyerbu 20 rumah amal di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Kira-kira 170 individu juga telah direman seminggu bagi bantu siasatan.