MCMC akan ambil tindakan tegas terhadap individu yang menyalahgunakan talian kecemasan 999.
Ini susulan terdapat peningkatan bilangan panggilan bukan kecemasan direkodkan iaitu sebanyak 62% sehingga Mei lalu.
Selain panggilan palsu, sistem 999 turut menerima panggilan atas pelbagai sebab yang remeh, termasuk aduan mengenai penghantaran makanan.
Sementara itu, MCMC juga telah menamatkan perkhidmatan nombor telefon yang digunakan individu tidak bertanggungjawab sebagai langkah untuk membendung penyalahgunaan itu.