Kementerian Pengangkutan akan meneruskan inisiatif subsidi tambang siling RM499 sempena sambutan Aidilfitri ini.
Menterinya, Anthony Loke berkata ia bagi tiket penerbangan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Jelasnya, inisiatif itu bertujuan memastikan perjalanan udara dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia terutama yang melakukan perjalanan antara Semenanjung dan Malaysia Timur.