Polis tidak menolak kemungkinan suspek kes tembak di pusat beli-belah minggu lalu merancang untuk menyamun premis perniagaan di situ.
Ia susulan siasatan mendapati suspek berada dalam senarai ‘wanted’ serta mempunyai rekod jenayah sejak 2014 dan pernah dua kali menjalani hukuman penjara.
Ketua Polis Negara, Datuk Hussein Omar Khan turut menambah suspek mungkin merancang untuk melarikan diri ke luar negara.
Terdahulu, suspek yang diburu polis itu maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Pulau Ketam, awal pagi tadi.