Kerajaan setuju beri potongan 50 peratus daripada kadar tol biasa di semua lebuh raya sempena Tahun Baru Cina.
Menteri Kerja Raya berkata ia akan dilaksanakan pada Isnin dan Selasa depan.
Pemberian diskaun tol ini melibatkan implikasi kewangan kerajaan kira-kira RM21 juta.
Semalam, Perdana Menteri berkata kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar, susulan pemberian tol percuma pada musim perayaan dihentikan bermula tahun ini.