Perjanjian gencatan senjata di Gaza diharap dapat dilaksanakan segera secara komprehensif.
Menteri-Menteri Luar ASEAN berkata ia bagi mencapai matlamat penyelesaian dua negara.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pula memberi penekanan kepada pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan dengan sebarang penahanan selepas ini tidak dilakukan.
Sementara itu, menurut Hamas, sebahagian daripada lebih 90 tahanan Palestin terdiri daripada wanita dan remaja lelaki dibebaskan.
Pembebasan tahanan Palestin itu adalah sebagai pertukaran bagi kepulangan tiga tebusan Israel.