Terengganu turun ke Gong Badak dalam misi untuk menebus maruah selepas ditewaskan kelab Kemboja pada perlawanan pertama, hujung bulan lalu.
Kapten skuad Penyu, Safawi Rasid berkata mereka tidak rela untuk kalah buat kali kedua berturut-turut lebih-lebih lagi beraksi di laman sendiri.
Sementara itu, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Nelson Bonilla bakal diketepikan ekoran alami kecederaan.
Saksikan Terengganu lawan kelab Vietnam secara langsung jam 8:30 malam ini di Astro saluran 803.