JDT mulakan kempen Liga Juara-Juara Asia Elite dengan positif!
Ini selepas skuad Harimau Selatan itu raih satu mata berharga apabila seri 2-2 dengan Shanghai Port.
JDT mendahului perlawanan dua kali menerusi jaringan MVP Liga Super tiga kali berturut-turut, Arif Aiman.
Keputusan itu menyaksikan JDT duduki tangga ke-5 Liga Timur daripada 12 pasukan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu akan berdepan Shanghai Shenhua pada 1 Oktober.