Hanya satu wakil negara berjaya menempah tiket ke separuh akhir badminton Terbuka Jepun.
Ini selepas beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin tundukkan gandingan Indonesia dalam pertarungan tiga set.
Sementara itu, empat lagi wakil negara kandas pada pusingan suku akhir termasuk beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah yang kalah kepada beregu China.