Jemaah Menteri merakamkan penghargaan kepada semua atlet kebangsaan yang terlibat dalam Sukan Olimpik Paris yang berakhir minggu lalu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kesemua atlet telah berusaha sedaya-upaya mengharumkan nama negara dengan membawa pulang dua gangsa.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengharapkan usaha yang telah diperoleh ini akan menjadi pembakar semangat dan meningkatkan lagi usaha pasukan di masa hadapan.
Malaysia mengakhiri kempen di Olimpik Paris dengan meraih dua gangsa menerusi jaguh badminton perseorangan negara Lee Zii Jia dan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik.