Terengganu fokus kekalkan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan KL City pada aksi Liga Super, malam ini.
Pengendalinya, Badrul Afzan Razali berkata ia penting bagi skuad Penyu untuk merapatkan jurang dengan pencabar terdekat, Sabah.
Untuk rekod, Terengganu kini menghuni tangga keempat liga dengan 27 mata menerusi 17 perlawanan – ketinggalan lima mata di belakang Sabah.
Saksikan Terengganu lawan KL City secara langsung jam 8:30 malam ini di Astro, saluran 803!