Malaysia beri jaminan siasatan insiden tembakan pendatang asing tanpa izin Indonesia babitkan pegawai APMM di perairan Tanjung Rhu, Banting akan dilakukan secara telus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya tidak mahu kejadian itu menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia.
Terdahulu, seorang PATI warga Indonesia terbunuh manakala empat cedera selepas pegawai APMM melepaskan tembakan ke atas bot mereka susulan didakwa menceroboh perairan Malaysia.
Kejadian itu turut mencetuskan kemarahan sehingga sekumpulan penunjuk perasaan melemparkan telur ke Kedutaan Malaysia di Jakarta.