6 wakil Malaysia bakal memulakan cabaran pada saingan akhir Badminton Jelajah Dunia di China, esok.
Mereka ialah jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzudin, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah serta beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Dalam pada itu, ketua jurulatih beregu lelaki negara berharap kedua-dua anak buahnya dapat memberikan 100 peratus kerana mana-mana pemain yang layak hanya fokus untuk menang.
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan berdepan wakil tuan rumah yang berada di ranking kedua.
Sementara itu, Goh Sze Fei-Nur Izzudin dijangka berdepan tugas sukar apabila diundi dalam Kumpulan A bersama juara Olimpik dua kali dari Taiwan serta beregu nombor tiga dunia dari Denmark.
Anda boleh saksikan Saingan Akhir Badminton Jelajah Dunia secara langsung di Astro, saluran 815 bermula 9:30 pagi esok!