Negeri Sembilan benam PDRM 3-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 Piala Malaysia!
Keputusan itu menyaksikan Negeri Sembilan mara ke suku akhir menerusi agregat 4-2.
Ini merupakan kemenangan kedua skuad Jang musim ini dengan kali terakhir mereka catat kemenangan ialah ketika tundukkan Sri Pahang 2-0 pada aksi liga, Julai lalu.
Negeri Sembilan akan berdepan Terengganu yang tewaskan Melaka dengan agregat 4-1 pada aksi suku akhir nanti.