
Sign up to save your podcasts
Or


"... linking between nations within ethnological and ideological groups," demikian Rizal memetik idea yang menjadi asas kepada penubuhan ASEAN, antara lain. Dalam episod kedua, Rizal Hamdan, Mad Koy dan Azan Safar melumati sejarah dan masa depan ASEAN, dari era Perang Dingin, idea 'The Greater Malay' dan cabaran penyatuan, hinggalah kepada peranan kepengerusian Malaysia dan dilema dasar tidak campur tangan. Antara lain, episod ini turut membincangkan projek budaya ASEAN, jurang ekonomi dan ideologi, persaingan kuasa besar, serta konsep diplomasi ala kampung. Adakah sudah tiba masanya untuk ASEAN mereformasi mekanisme dan menjadi lebih proaktif? Perbincangan ini cuba meneliti masa depan ASEAN dan cabaran geopolitik yang dihadapinya.
"Tahun yang tidak sepatutnya dinamakan," ujar Rizal Hamdan, sewaktu merangkulkan sorotannya untuk tahun 2024. Justeru, rakaman episod pertama ini bersifat sebagai membuka gelanggang untuk menempuh tahun 2025 dengan menyoroti semula beberapa peristiwa utama yang berlaku pada tahun sebelumnya bersama Azan Safar, Mad Koy dan Rizal Hamdan. Sebermula kancah peperangan di Palestin dan Ukraine, siri pilihanraya utama seluruh dunia termasuklah United Kingdom, Indonesia dan Amerika Syarikat, pemilihan semula Donald J. Trump ke White House, dominasi ekonomi China, sehinggalah kepada persoalan yang melingkari krisis tenaga, kemajuan teknologi AI, cip war—yang akhirnya, menjurus kepada ranah perbincangan, mengenai Malaysia menyandang kepengerusian ASEAN dan cabarannya.
From the publisher's feed