
Sign up to save your podcasts
Or


Kena fasih bahasa Melayu ke kalau nak sertai persatuan Melayu di universiti?
Dalam episod NoTapis kali ini, bersama Presiden Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Teknologi Nanyang (Perbayu NTU), Encik Naufal Aiman Jasni, dan Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Nasional Singapura (PBMUKS), Cik Pearl Insyirah Mohd Mubbin, kami membincangkan cabaran menarik minat mahasiswa terhadap bahasa dan budaya Melayu.
Daripada penggunaan bahasa Inggeris, trend media sosial hinggalah kegiatan yang lebih dekat dengan jiwa Gen Z, bagaimana persatuan Melayu ini menyesuaikan pendekatan mereka supaya kekal relevan?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pernah tak luahkan perasaan pada AI? Dan jawapan yang ia berikan pun macam sedapkan hati?
Kalau nak pergi sesi terapi pula macam mahal dan lama nak kena tunggu?
Dalam episod NoTapis kali ini, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Prowise Consultancy & Ace Asia Pte Ltd, Dr Rasimah, dan Pengasas, Pengamal Utama di Practitioners Collective, Encik Ahmad Taufiq kupas dilema mendapatkan bantuan dan sokongan emosi dan mental dalam era sekarang.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Dekat ‘dating profile’ bukan main, tapi bila jumpa ‘in-person’....kecewa?
Nak cari pasangan hidup, tapi banyak sangat syarat? Kena ada kerjaya stabil, simpanan mencukupi, rupa paras menarik, malah ada yang sampai tetapkan BMI calon pasangan! 👀
Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha bersama tiga ‘match-makers’ - penyedia khidmat mencari jodoh,-Serasi Souls, Sacred Weave dan Peas In A Pod, mengupas cabaran mencari pasangan hari ini. Kenapa lelaki lebih keberatan menyertai acara mencari jodoh? Adakah kita terlalu memilih atau sebenarnya takut ‘rejection’?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Pernah dengar sukan pecah tulang kambing atau gusti atas kuda?
Dalam episod NoTapis kali ini, kita menyelami dunia sukan tradisional yang mungkin jarang mendapat perhatian di Singapura.
Bersama tiga wakil Singapura ke Sukan Nomadik Dunia 2026 di Kyrgyzstan atlet memanah Encik Muhammad Sufi Rohaizad dan Cik Noor Zayanah Hamis, serta atlet ‘strongman’, Encik Ahmad Taufiq Muhammad kita dengar pengalaman mereka bertanding dalam acara memanah tradisional dan strongman.
Daripada pengalaman tidak dijangka sepanjang temasya, pakaian tradisional lengkap dengan tanjak, hinggalah kisah bagaimana sukan membentuk kehidupan dan kerjaya mereka.
Apa yang membuatkan mereka terus mengejar minat dalam sukan yang kurang dikenali ini?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Apa yang mendorong seorang lelaki Singapura bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu secara serius? Dalam episod NoTapis ini, Encik Bhargav Sriganesh berkongsi perjalanannya: daripada seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu tanpa memahami maknanya, hingga menjadi fasih berbahasa Melayu selepas latihan intensif selama empat bulan. Beliau mendedahkan cabaran yang dihadapi, pengalaman bertugas sebagai pegawai diplomatik di Kuala Lumpur sebelum ini, serta bagaimana bahasa Melayu menjadi jendela kepada budaya dan nilai masyarakat.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Sempena Hari Kanak-Kanak, NoTapis dan OMGxBH menyerahkan mikrofon kepada si cilik untuk menjawab persoalan ‘besar’ yang biasanya dibincangkan orang dewasa.
Dalam episod khas ini, tiga kanak-kanak Elliya Sophia Mohammad Sofian, Eilshan Shakil Mohammad Sofian dan Zara Sofia Muhd Syahrul, berkongsi pandangan mereka tentang mempunyai adik, dan kehidupan dalam keluarga yang lebih besar, penggunaan skrin dan juga aspirasi mereka!
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Selepas habis sekolah, masihkah kita gunakan Bahasa Melayu?
Atau adakah Bahasa Melayu akhirnya hanya digunakan untuk berbual dengan keluarga, pesan makanan dan dalam situasi tertentu sahaja?
Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan mengapa penggunaan Bahasa Melayu semakin berkurangan selepas alam persekolahan. Kami juga bincangkan “grammar police”, identiti Melayu, penggunaan AI dan persoalan lebih besar: bagaimana Bahasa Melayu boleh terus menjadi bahasa yang hidup, moden dan mampu membawa ilmu serta idea baharu?
See omnystudio.com/listener for privacy information.
“Bahasa Melayu saya tak bagus.”
Tapi betulkah kita tak berbahasa Melayu kerana “Melayu tak bagus” atau kerana tak nak cuba?
Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan kedudukan Bahasa Melayu dalam masyarakat Singapura hari ini.
Daripada ‘berbual rojak’ dan rasa takut tersilap, hingga persoalan sama ada Bahasa Melayu semakin terpinggir, kami kupas apa sebenarnya yang perlu dilakukan agar bahasa ini terus hidup, digunakan dan berkembang dalam generasi akan datang.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
Masa kecil dulu kita sering diingatkan: ‘stranger danger’! Tapi bila orang yang kita kenali sendiri yang berbahaya untuk anak-anak kita, macam mana? Dalam episod khas NoTapis Live x Dunia Anak (DNA) ini, hos NoTapisNatasha Mustafa dan Koresponden Nur Dhuha Esoof membincangkan isu ‘grooming’ dan keselamatan kanak-kanak bersama Pakar Psikologi Klinikal Kanan dan Pengasas ImPossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hayaa Network, Ustazah Liyana Musfirah dan Pekerja Sosial Kanan PPIS, Cik Siti Khadeejah Muabdu. Episod ini - yang diadakan di Auditorium SPH baru-baru ini- turut melibatkan penonton yang melalui beberapa tinjauan pendapat semasa perbincangan tersebut.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
⚠️ Amaran kandungan sensitif: Episod ini mengandungi perbincangan mengenai isu kesihatan mental, tekanan emosi dan bunuh diri.
Selepas bergelut dengan masalah kemurungan sejak remaja, anak Cik Mariam (bukan nama sebenar) memutuskan untuk bunuh diri pada 2023.
Dalam episod NoTapis ini, Cik Mariam berkongsi perjalanan sebagai seorang ibu dan penjaga, kesan kehilangan terhadap keluarganya serta stigma yang dihadapi individu dengan masalah kesihatan mental.
Bersama Penyelia Klinikal Club HEAL, Cik Balqis Mericar, kami turut membincangkan mengapa tanda seseorang sedang mengalami masalah mental tidak mudah dilihat, tekanan terhadap kaum adam untuk sentiasa kelihatan “kuat”, serta bagaimana keluarga dan masyarakat boleh memberi sokongan.
See omnystudio.com/listener for privacy information.
From the publisher's feed
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.
Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.
Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.

5 Listeners