
Sign up to save your podcasts
Or


Pemain terbaik Eropah pernah mewarnai Pestabola Merdeka. Siapa?
Apakah solusi terbaik untuk meneruskan legasi kejohanan bolasepak antarabangsa tertua Asia? Football Tourism? Dengarkan perbincangan Pod Bola di episod Pestabola Merdeka sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63.
Ada apa dengan eropah?
Luqman Hakim telah pun berada di Belgium, apa langkah seterusnya? Kita sokong semua pemain yang ingin berkelana di luar negara tetapi persediaan dan peluang yang lebih baik harus diutamakan. Safawi terima tawaran bermain di luar negara? Pemain muda harus bersabar, terus fokus dan masa anda akan tiba. Dengarkan perbincangan Juan, Farhan dan Ameen di dalam episod Young Talents.
#PodBola #Youngtalents #Bolasepakuntuksemua #LuqmanHakim
Rindukan bolasepak.
Tiba masa bolasepak dikembalikan kepada penyokong setelah ditangguhkan akibat daripada pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia. Tetapi sedarkah kita bahawa terdapat banyak lagi yang perlu diutamakan. Kita semua rindukan bolasepak, sempena kembalinya bolasepak Malaysia pada 26 Ogos ini Pod Bola akan meluncurkan episod pertama dengan tajuk Football is back! Dengarkan Juan Budiman, Farhan Khair dan Ameen Hairil membahas episod ini di Pod Bola.
Memperkenalkan penggelecek Pod Bola iaitu Farhan Khair seorang penulis artikel bolasepak, Juan Budiman pemilik OptaJ yang memberikan penerangan data statistik bolasepak dan Ameen Hairil seorang penyokong bolasepak tempatan. Dengarkan mereka di Pod Bola !
From the publisher's feed