Pernah masuk penjara kerana penyeluduhan dadah, namun Abdul Rahman tidak insaf, sehinggalah beliau melangkah masuk Madrasah Khairul Insan, di Jenagor, Hulu Terengganu. Hari Raya kali ini bukan saja membawa seribu satu kenangan, tetapi juga keinsafan dan kesyukuran kepada Allah kerana menyelamatkan beliau dari terus tersungkur dalam lembah najis dadah.