
Sign up to save your podcasts
Or


🎙️ Podcast Minda Tok Abah Episod 30:
Gelombang Utara – Arah Baru Politik & Pemikiran Rakyat
Gelombang perubahan politik di Utara bukan lagi sekadar angka pilihan raya. Ia mencerminkan perubahan cara rakyat berfikir, menilai kuasa, dan membaca masa depan negara. Episod ini membedah isyarat senyap yang sedang bergerak dalam pemikiran rakyat, jauh daripada hiruk-pikuk propaganda.
Hos Aizal Yatiran bersama Datuk Ismail Yusop (Tok Abah) mengupas fenomena ini secara tenang, berfakta dan berlapik.
Antara fokus perbincangan:
Apakah yang sebenarnya berubah dalam pemikiran rakyat di Utara
Gelombang senyap vs politik emosi
Peralihan sokongan: protes atau kematangan
Implikasi terhadap hala tuju politik nasional
Politik nilai, bukan sekadar retorik
Episod ini bukan tentang siapa menang atau kalah, tetapi tentang akal, adab dan arah masa depan demokrasi.
👉 Dengarkan kupasan penuh hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
🎙️ Podcast Minda Tok Abah Episod 29: Roadmap 2026 - Menjayakan Agenda MADANI
Episod ini meneliti hala tuju Malaysia menuju 2026 dengan menekankan bahawa cabaran utama bukan kekurangan dasar, tetapi krisis persepsi dan kefahaman rakyat terhadap proses pembinaan negara. Perbincangan mengupas bagaimana dasar yang baik sering gagal dirasai apabila komunikasi, rasa dan konteks tidak difahami secara menyeluruh.
Episod ini dikendalikan oleh Aizal Yatiran bersama Dato’ Ismail Yusop dan Dr Noor Nirwandy bin Mat Noordin.
Antara topik utama:
Roadmap 2026 dan kesinambungan Agenda MADANI
Jurang persepsi rakyat dalam era algoritma
Reformasi pentadbiran dan maruah warganegara
Peranan komunikasi sebagai aset negara
Perbincangan ini mengajak pendengar berfikir dengan akal, beradab dalam wacana, dan memahami proses demi masa depan negara.
• Dengarkan kupasan penuh hanya di Podcast Minda Tok Abah.
• Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
🎙️ Podcast Minda Tok Abah Episod 28: Komunikasi Politik Agama
Episod ini membincangkan bagaimana agama sering dibawa ke medan politik, sama ada sebagai panduan nilai atau sekadar alat dan label. Perbincangan meneliti kekeliruan antara politik beragama dan manipulasi agama, khususnya apabila emosi mendahului ilmu dan nilai adab diketepikan.
Dalam episod ini, Tok Abah bersama Encik Mohd Khir Zahri bin Abdul Ghani mengupas isu ini secara tenang, berfakta dan berpaksikan realiti masyarakat.
Antara topik utama yang dibincangkan:
Politik beragama vs politik kepartian
Penyalahgunaan agama dalam naratif politik
Dakwah, adab dan peranan pendakwah
Kesan komunikasi politik agama terhadap masyarakat
Episod ini mengajak pendengar menilai isu politik agama dengan akal, adab dan kefahaman demi masa depan negara.
Dengarkan kupasan penuh hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
ANTARA FITNAH DAN REALITI: DI MANA RAKYAT KITA?
Dalam era media sosial dan limpahan maklumat tanpa sempadan, fitnah bergerak lebih pantas daripada fakta. Sentimen dan algoritma membentuk persepsi, manakala realiti semakin sukar dikenal pasti.
Dalam episod Podcast Minda Tok Abah ini, Dato’ Ismail Yusop bersama Encik Mohd Khir Zahri bin Abdul Ghani mengupas isu fitnah dan disinformasi yang sedang menguji masyarakat, perpaduan serta ketahanan institusi negara.
Antara topik utama perbincangan:
- Fitnah vs realiti dalam era media sosial
- Disinformation, sentimen dan algoritma
- Penyalahgunaan agama dalam naratif politik
- Psikologi masyarakat dan budaya mempercayai fitnah
- Kesan fitnah terhadap perpaduan dan institusi negara
Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
🎙️ Podcast Minda Tok Abah Episod 24: Adakah PMX Keseorangan?
Naratif bahawa “PMX bergerak seorang diri” semakin kuat diperkatakan. Episod kali ini meneliti sama ada dakwaan itu benar, atau hanya persepsi yang lahir daripada cabaran komunikasi dalam kerajaan campuran pasca-normal.
Dalam episod ini, Tok Abah dan Dato’ Dr Budiman mengupas isu-isu utama seperti:
• Punca persepsi “PMX keseorangan”
• Dinamika & cabaran Kerajaan Perpaduan
• Menteri ‘senyap’ dan masalah penyelarasan komunikasi
• Madani: kefahaman sebenar atau slogan
• Risiko PMX menjadi sasaran tunggal naratif politik
• Peranan rakyat dalam membetulkan persepsi
Episod ini membuka pandangan baharu tentang bagaimana naratif politik terbentuk dan kesannya kepada kepimpinan negara.
Dengarkan kupasan penuh hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
🎙️ Podcast Minda Tok Abah Episod 23: Madu Dibalas Tuba
Apa yang berlaku apabila bantuan sudah diberi, peruntukan disalurkan, tetapi naratif “kita dizalimi” masih dimainkan?
Episod ini membongkar sisi yang jarang didengar: bagaimana negeri-negeri SG4 menerima antara peruntukan terbesar dalam Bajet 2026 — termasuk sokongan kepada miskin tegar — namun tetap mempertikaikan usaha yang jelas memberi manfaat kepada rakyat.
Dalam episod ini, Tok Abah dan Wan Mahussin mengupas beberapa perkara penting:
• Asal-usul gelaran SG4 dan bagaimana ia dimanipulasi
• Salah faham terhadap peruntukan besar kepada negeri pembangkang
• Mengapa kemiskinan tegar di Kelantan berlarutan
• Maksud sebenar ekonomi manusiawi & tata kelola yang baik
• Bagaimana sentimen politik membutakan kebaikan yang nyata
Perbincangan ini membuka perspektif baharu terhadap isu SG4 — dan mungkin membuatkan anda melihat semula naratif yang sering dimainkan.
Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
Gagasan Malaysia Madani bukan sekadar slogan — ia kesinambungan perjuangan membina negara bangsa yang seimbang antara kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan nilai kemanusiaan.
Dalam episod ini, Dato’ Ismail Yusop dan Encik Muhammad Asri Bin Ibrahim membincangkan:
• Latar belakang lahirnya gagasan Madani selepas PRU15
• Cabaran “fear factor” dan “defisit kepercayaan” rakyat terhadap kepimpinan
• Konsep ekonomi manusiawi dan reformasi tata kelola
• Peranan belia sebagai aset utama dalam membentuk gelombang Madani
• Strategi komunikasi menghadapi era media sosial dan sentimen digital
Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
#MindaTokAbahEp20 #GagasanBesarMadani #MalaysiaMadani #BorakDaily #PodcastMindaTokAbah
Belanjawan Madani 2026 bukan sekadar angka, tapi cerminan hala tuju kerajaan perpaduan dan masa depan negara.
Dato’ Ismail Yusop bersama Dato’ Dr Budiman Mohd Zohdi membedah kesan belanjawan terhadap ekonomi, perpaduan politik dan kepercayaan rakyat — serta bagaimana setiap dasar perlu diterjemah agar manfaatnya benar-benar dirasai.
Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
#MindaTokAbah #BorakDaily #Belanjawan2026 #MalaysiaMadani #MindaTokAbahEp19
Dalam dunia digital hari ini, media sosial bukan lagi sekadar ruang berkongsi pandangan tetapi medan membentuk persepsi dan keyakinan rakyat.
Apabila masyarakat lebih percaya kepada influencer berbanding pakar, dan fitnah menjadi budaya biasa, sejauh mana ia menggugat keharmonian serta keselamatan negara?
Episod kali ini membawakan perbincangan bersama
Dato’ Ismail Yusop, Ketua Pengarah J-KOM dan Encik Muhamad Noor Ikhwan bin Abdul Razak, aktivis media sosial, membincangkan fenomena fear factor dan trust deficit yang semakin ketara di media sosial bagaimana algoritma, disinformasi dan strategi komunikasi mampu membentuk pola pemikiran rakyat.
Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast Minda Tok Abah.
Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
#MindaTokAbah #MalaysiaMADANI #FearFactor #TrustDeficit #BorakDaily
Dalam episod kali ini, Minda Tok Abah menampilkan perbincangan eksklusif bersama Dato’ Ismail Yusop (Ketua Pengarah J-KOM) dan Encik Muhammad Adib Aiman Badrul Shahar (Aktivis Politik Media Sosial) — membedah secara mendalam manhaj dan falsafah di sebalik gagasan Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Antara topik menarik yang dibincangkan:
Asal-usul dan makna sebenar Madani sebagai pendekatan kenegaraan.
Manhaj Anwar Ibrahim dalam membina peradaban dan bangsa Malaysia.
Perpaduan sebagai asas utama negara bangsa.
Cabaran pelaksanaan dasar seperti BUDI95 dan pensasaran semula subsidi.
Visi jangka panjang Malaysia Madani dalam memastikan kemajuan seimbang antara teknologi dan nilai kemanusiaan.
🔥 Perbincangan penuh hikmah — tentang nilai, kepimpinan dan hala tuju negara di bawah payung Malaysia Madani.
🎙️ Dengarkan sekarang di Spotify dan hayati naratif sebenar Malaysia Madani.
#MindaTokAbah #MalaysiaMadani #ManhajAnwarIbrahim #PodcastMalaysia #BorakDaily