
Sign up to save your podcasts
Or

![Podcast Sembang Ber-ART - SYOK Podcast [BM]](https://podcast-api-images.s3.amazonaws.com/corona/show/6734475/logo_300x300.jpeg)
Kali ni Podcast Sembang Ber-ART bersama dengan kumpulan Jetcetera! Nak borak pasal indie scene kat Malaysia. Macam mana nak start band sendiri! Kalau nak mulakan band sendiri kena ke adakan audition? Band semua dibayar lumayan ke? Amboi! Macam berat je episod ni! Semuanya dalam episod Sembang Ber-ART kali ni!
Bila sebut pasal tatu ramai yang akan fikir perkara yang taboo tapi sebenarnya seni tatu mengambil masa yang lama dan kena teliti dengan segala details. Episod kali ini, Aliff dan Zoul sembang dengan seorang 'tattoo artist' untuk lebih mengenali seni tatu.
Episod kali ini kita borak dengan Cawandien tentang minat dia dalam dunia animasi. Dari mana dapat idea, kongsi pengalaman berada dalam scene lokal animasi kita dan banyak lagi! Semuanya dalam episod minggu ini!
Episod kali ini kita bersembang dengan Syabil dari Golden Mammoth! Cerita pasal album baru, buat show di negara orang dan tips untuk semua anak-anak muda di luar sana yang nak start indie band dekat Malaysia.
Fesyen jalanan semakin diterima ramai sekarang. Tapi dulu, fesyen berinspirasi hip hop ini dilihat sangat ganjil. Minggu ini kita ditemani Bob ikon di sebalik jenama SUPER SUNDAY untuk mendedahkan inspirasi yang membentuk perjalanan fesyen unik ini sehingga dapat berjalan catwalk di KL Fashion Week.
Kalau dengar Street Art je mesti ada satu stigma yang tak best. Ada je street art yang ikut cara yang betul tau! Minggu ini Chamology kongsi minat dan pengalaman tentang street art di Malaysia! Guys episod ni best sangat, rugi kalau korang tak dengar!
Episod minggu ini kita sembang bersama Chris, seorang kreatif profesional yang boleh mencipta dunianya sendiri dengan menggunakan 3D digital art yang memang WOW! Yang paling best dia mula buat seni digital ni masa pandemik.
Episod minggu ni kita sembang dengan NaqibJ - seorang kreatif professional yang suka mengambil gambar berkonsepkan 'minimalist' yang mempunyai signature colour palette berwarna biru.
Episod minggu ini Alepp dan Zoul ditemani Haryth dari KLSketchNation! Mereka berborak tentang sketching dan kominiti KLSketchNation, Haryth ceritakan dari mana datangnya minat dalam bidang kreatif sedangkan dia dulu pelajar sains komputer semasa di universiti.
Hello! Hello! Episod pertama Podcast Sembang Ber-ART bersama Alepp dan Zoul. Mereka berkongsi cerita saat mereka mula jatuh cinta dengan benda-benda kreatif.
From the publisher's feed